Polis pantau 1100 individu berpotensi timbulkan provokasi menjelang PRU-14

POLIS bertindak memantau 1100 individu yang dipercayai boleh menimbulkan kekacauan atau 'suprise last minute attack' (SLAM) menjelang pilihan raya ke -14.


Individu ini adalah mereka yang boleh mempengaruhi orang lain di media sosial dengan penyebaran berita dan laporan palsu serta mereka yang berkemungkinan melakukan kekecohan ketika pilihan raya berlangsung.


Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dalam laporan The Star, beliau dipetik sebagai berkata, " Bukit Aman telah menyenaraikan 1100 individu yang berpotensi.


Mereka yang disenaraikan boleh menyebabkan situasi yang melibatkan keselamatan orang ramai tergugat dengan pelbagai cara termasuk penyebaran berita palsu di Internet.


Mohamad Fuzi

Berita palsu yang biasa dimainkan ketika pilihanraya membabitkan isu pengundi hantu, penggunaan elemen luar termasuk serangan pengganas IS.


Kami akan memantau mereka dan mengambil tindakan jika terdapat tindakan yang boleh menimbulkan kekecohan daripada senarai individu tersebut," katanya dalam satu sidang media selepas merasmikan Persidangan Pesuruhjaya Polis, Ketua Polis, Komander dan Komandan di Maktab PDRM, Cheras 22 Mac lalu.


Individu ini dikenal pasti selepas PDRM melakukan beberapa analisis, termasuk rekod lampau pembabitan mereka dalam melakukan serangan terutamanya dalam media sosial.


Menurutnya lagi, "Beliau tidak menolak kemungkinan lebih ramai individu akan dimasukkan dalam senarai itu.


Senarai berkenaan merangkumi profil individu serta pembabitan mereka dalam kekecohan yang pernah dilakukan sebelum ini.


Jika perlu, PDRM akan menggerakkan Pasukan Cantas daripada unit cawangan Siasatan Jenayah (CID) untuk mengambil tindakan terus kepada mereka.


Timbalan Perdana Menteri meminta tindakan diambil tanpa kekerasan, tetapi pihak kami tetap akan melakukan kekerasan mengikut undang-undang jika individu-individu ini masih berdegil."


"Perkara ini bukanlah berniat untuk mengugut, sebaliknya ia adalah satu proses biasa bagi memastikan PRU-14 berjalan lancar," katanya.


Lebih 100 kawasan sudah dikenalpasti sebagai kawasan panas iaitu 116 di Semenanjung dan 33 di Sabah dan Sarawak.


Kawasan panas ini merangkumi kerusi yang melibatkan persaingan sengit serta sentimen pengundi dan akan diberikan tumpuan khusus oleh PDRM.— EdisiRakyat.com, 25 Mac 2018

1 تعليقات

  1. Mohon maaf jika postingan ini menyinggung perasaan anda tapi saya hanya mau menceritakan pengalaman pribadi saya yang mengubah kehidupan saya menjadi sukses sekarang. dulu Saya bekerja di Singapura, tapi saya tidak menyerah dengan keadaan saya, tetap ikhtiar. Dulu pengen pulang ke indonesia tapi gak ada ongkos. sempat saya putus asa,gaji pun selalu di kirim ke indonesia untuk biaya anak sekolah, sedangkan hutang banyak, kebetulan buka-buka internet mendapatkan nomor hp Mbah Suro +6282354640471 katanya bisa bantu orang melunasi hutang melalui jalan Pesugihan Dana Ghaib. dengan keadaan susah jadi saya coba beranikan diri hubungi dan berkenalan dengan beliau Mbah Suro, Dan saya menceritakan keadaan saya. Beliau menyarankan untuk mengatasi masalah perekonomian saya dengan Pesugihan Dana Ghaib nya. Dan alhamdulillah benar-benar terbukti nyata hasil nya sekarang. terima kasih banyak ya allah atas semua rerjekimu ini. Beliau juga bisa bantu seperti Pemasangan nomer Togel,pelet, dll

    ردحذف

إرسال تعليق

أحدث أقدم