Para suami terpaksa lacurkan isteri kerana kemiskinan


KEMISKINAN yang membelenggu kehidupan memaksa sesetengah penduduk miskin di Kenya memperdagangkan isteri kepada pelancong Eropah yang kaya.


Menurut laporan Al-Jazeera yang dipetik dalam Astro Awani, sepasang suami isteri yang di temu bual, dikenali sebagai Ramadan dan Wambui, menceritakan bagaimana 'pekerjaan' baru isterinya itu menjadi penyumbang kepada ekonomi keluarga untuk meneruskan kehidupan seharian.


Mereka yang telah mendirikan rumah tangga selama 20 tahun terpaksa merelakan keadaan sebegitu kerana hidup dalam kemiskinan dan tertekan.


"Kehidupan kami amat sukar. Pendapatan suami saya tidak tetap. Apabila suami saya meminta untuk melakukan pekerjaan itu, saya tiada pilihan lain," kata Wambui.


suami lacurkan isteri

Setelah melakukan pekerjaan itu, kewangan keluarga mereka menjadi lebih baik termasuk mencukupi untuk perbelanjaan sekolah dan memberi mereka kemampuan untuk makan 3 kali sehari.


Tambah Wambui, dia yang sebelum ini suri rumah tidak berasa kesal terpaksa melacur kerana melihat keadaan kehidupan keluarga yang bertambah baik selepas menceburi bidang itu.


Suami wanita itu, 43 tahun, yang bekerja sebagai operator pantai mengganggap pekerjaan isterinya itu sebagai satu peluang untuk lebih mengukuhkan ekonomi keluarga mereka.


Menurutnya lagi, walaupun industri pelancongan di sana tidak tetap, ramai orang masih bergantung kepada industri itu dan terpaksa 'mengorbankan' isteri masing-masing untuk keluar dari belenggu kemiskinan dan ia hanya berlaku di sesetengah kawasan kejiranan miskin berdekatan pantai.


Walaupun data TripAdvisor 2017 menunjukkan Pantai Diani di Kwale, Kenya, merupakan pantai ketujuh terbaik di seluruh benua Afrika, hakikatnya pembangunan ekonomi pelancongan tidak begitu baik kerana kebanyakan pelancong kaya dari Eropah akan mengupah wanita untuk melayani mereka sepanjang percutian di pantai itu.


Ini menyebabkan kes HIV dan AIDS kian meningkat terutama sekali dalam kalangan masyarakat yang menetap di sekitar kawasan pantai negara itu menurut dalam laporan Majlis Kawalan AIDS Kebangsaan Kenya. — EdisiRakyat.com, 28 Mac 2018


Previous Post Next Post