Lelaki cedera diserang babi hutan dalam masjid

SEORANG lelaki dilaporkan cedera selepas diserang oleh seekor babi hutan liar ketika berada dalam sebuah masjid di Sungai Buloh malam tadi.


Lelaki berkenaan dikatakan sedang bersiap untuk menunaikan solat Isyak ketika haiwan itu menyerangnya.


Difahamkan, lelaki itu mengalami luka-luka di bahagian badan akibat dari kejadian yang berlaku pada jam 8 malam itu.


Babi hutan tersebut sebelum itu dilihat mengejar beberapa orang kanak-kanak di luar sebelum masuk ke dalam masjid dan menyerang mangsa.


Jemaah masjid yang terkejut dengan kehadiran haiwan liar itu, telah bertindak untuk menghalaunya.


"Selepas lebih setengah jam kami menghalaunya Barulah babi hutan itu akhirnya keluar dari masjid," kata salah seorang saksi yang dipetik oleh News Straits Times.


Menurut saksi itu lagi, babi hutan itu akhirnya ditembak mati oleh salah seorang penduduk yang memiliki senapang patah.


Babi Hutan

Tambahnya lagi, pihak polis telah dihubungi berhubung kejadian itu. — EdisiRakyat.com, 7 Mac 2018

Post a Comment

أحدث أقدم