Ibu kucing setia temani anak terperangkap dalam bank

TULAR satu perkongsian yang menyentuh hati memaparkan seekor ibu kucing sedang menemani anak-anaknya yang terperangkap dari luar sebuah premis yang sudah berpindah operasi.


Keadaan itu sangat menguji sifat kemanusiaan sehingga menyebabkan orang ramai berkumpul beramai-ramai dan menanti penuh debaran untuk melihat ketiga-tiga ekor kucing itu dikeluarkan dengan selamat.


Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) negeri dalam Harian Metro melaporkan, "Pihaknya mengambil masa kira-kira 30 minit menunggu kedatangan kakitangan bank terbabit untuk membebaskan tiga anak kucing yang terperangkap itu".


anak kucing terperangkap

Menurut sumber, kejadian itu disedari oleh orang awam yang kebetulan melalui premis tersebut kira-kira jam 7.35 malam.


Beliau yang pada mulanya terdengar bunyi kucing ketika melalui kaki lima di Jalan Seruling, meneliti keadaan sekeliling dan terlihat tiga ekor kucing berkenaan terperangkap di dalam bank lalu menghubungi pihak bomba untuk mendapatkan bantuan memandangkan bank itu sudah tidak beroperasi.


anak kucing terperangkap

Pihak bomba yang tiba lima minit kemudian sejurus menerima laporan dilihat tidak memecahkan pintu bank berkenaan berdasarkan pertimbangan kes dan mengambil keputusan menelefon kakitangan bank untuk membuka pintu terbabit.


Jurucakap Jabatan bomba ketika diminta mengulas menyatakan bahawa mereka tidak pasti bagaimana kucing-kucing berkenaan boleh memasuki ke premis itu.


"Anak-anak kucing terbabit mungkin sudah masuk lebih awal ketika bank masih beroperasi namun terangkap sehingga kakitangan yang terakhir meninggalkan premis berkenaan tanpa menyedari kehadiran mereka," katanya.— EdisiRakyat.com, 19 Mac 2018

Post a Comment

أحدث أقدم