KIRA-KIRA 5,000 rakyat Malaysia ditemui bekerja dan tinggal secara haram di Korea Selatan, dimana ada yang kurang bernasib baik terpaksa hidup seperti pelarian dan kerap perlu melarikan diri dari pihak berkuasa.
Dipancing dengan iklan pekerjaan yang menjanjikan pulangan yang lumayan membuat mereka tertarik untuk berhijrah ke negara empat musim itu.
Mereka sanggup membayar ejen pekerjaan ribuan ringgit sebagai yuran dan memasuki negara itu dengan menggunakan visa pelancong.
Malangnya, apabila mereka tiba disana, ramai yang mati akal apabila apa yang dijanjikan tidak sama dengan realiti sebenar pekerjaan yang perlu dilakukan.
Menurut laporan The Star, Portal berita Bahasa Malaysia Star Media Group mStar Online didakwa telah menghantar satu pasukan ke Korea Selatan untuk meinjau keadaan rakyat Malaysia di sana dan mendapati ramai rakyat negara ini yang terkandas dan dalam kemiskinan.
Berdasarkan perkiraan, terdapat kira-kira 5,000 pekerja sukarelawan dari kalangan rakyat Malaysia dan ejen perekrutan, merupakan sebahagian daripada 251,000 pekerja asing yang tidak sah di negara ini seperti yang dilaporkan oleh The Herald Korea.
Memetik beberapa siri laporan khas The Herald Korea yang diterbitkan pada Januari lalu, masalah utama mereka yang dibahaskan dalam portal itu adalah mengenai pekerja mengalami kecacatan kekal selepas kecelakaan di tempat kerja dan dibiarkan tanpa pembelaan serta tiada tempat tinggal ketika mereka dipecat oleh majikan mereka.
Antara lokasi yang dikunjungi oleh kumpulan pemerhati itu ialah Itaewon di wilayah tengah dan Daeso dan Muguk di distrik Eumseoung, sekitar 80km dari Seoul.
Dari hasil tinjauan, mereka berjaya menemubual beberapa orang rakyat Malaysia. Seorang lelaki yang hanya ingin dikenali hanya sebagai Farhan, 24 tahun dipetik sebagai berkata, "Beliau dan dua kawannya telah kehilangan tempat tinggal selama lebih dua bulan sejak mereka dipecat tanpa gaji ketika bekerja di sebuah syarikat memproses rumpai laut selama seminggu.
"Saya diberhentikan kerana saya diserang demam panas seminggu selepas mula bekerja.
Kini kami hanya bergantung kepada kawan-kawan untuk mengisi perut dan kadangkala hanya mempunyai biskut untuk dimakan,"tambahnya lagi.
Menurutnya lagi, setiap hujung minggu, mereka akan tidur di Masjid Pusat Seoul, manakala pada hari bekerja, mereka menumpang di rumah seorang kawan.
Pasukan Online mStar tidak melepaskan peluang untuk berkunjung ke masjid yang berada di situ dan mendapati terdapat beberapa beg di koridor, dipercayai milik pekerja asing yang tidur di sana.
Sebahagian daripada mereka terpaksa tinggal di jalanan dan hidup melarat kerana kemiskinan.
Seorang lagi rakyat Malaysia, yang tidak mahu dikenali, berkata dia terpaksa tinggal berhimpit di satu rumah dengan 18 orang.
Wanita yang bekerja di ladang bawang dan keledek itu dilaporkan berkata, " Rumah itu terlalu penuh sesak sehingga sesetengah daripada kami terpaksa tidur di hadapan tandas atau di dapur.
Dia dan kawan-kawannya turut menceritakan sesetengah keadaan di mana terdapat rakyat Malaysia yang didera secara fizikal sekiranya mereka tidak bekerja dengan cepat.
Pada bulan Januari lalu, kisah mereka pernah disuarakan dan diketengahkan dalam satu laporan yang diwawancara oleh satu kumpulan.
Ia amat menyedihkan kerana status mereka yang datang secara haram menyebabkan mereka kerap dieksploitasi, dipaksa bekerja berjam-jam tanpa rehat dan tidak boleh berbual dengan rakan-rakan mereka.
Mereka berisiko tinggi mengalami kemalangan ketika bekerja kerana jarang diberi taklimat keselamatan dan tidak diberikan peralatan keselamatan untuk melindungi kebajikan mereka.
Bukan setakat itu,ada juga majikan yang mengambil kesempatan atas status mereka sebagai pendatang haram dengan menahan gaji mereka kerana yakin perbuatan mereka tidak akan dilaporkan kepada pihak berkuasa.
Akibatnya, kebanyakan warganegara Malaysia disana menderita dalam diam kerana takut ditahan oleh pihak berkuasa, dan tidak mengetahui hak mereka sebagai pekerja.
Memandangkan musim sejuk di Korea Selatan akan berakhir pada akhir bulan ini, mereka berharap terdapat peluang pekerjaan baru pada musim bunga nanti kerana tanpa tempat tempat tinggal dan wang untuk pulang, rakyat Malaysia yang terkandas ini hanya boleh menanti peluang baru dengan penuh harapan.— EdisiRakyat.com, 14 Mac 2018
Dulu kita hina pendatang haram indon dan bangla di malaysia. Skrg org malaysia pula jd pendatang haram di korea. Itulah sumbangan najib kpd negara, mmg berkembang sungguh ekonomi kita!!
ردحذفAssalamu alaikum Nama saya Surwanto seorang TKW dari HONGKONG ,memohon maaf yang ada di room ini bila kata2 saya ada yang salah,namun tujuan saya di sini hanya ingin berbagi cerita kepada para rekan2 saya yang jadi tkw di negeri orang, hidup di negeri orang memang amatlah susah,gaji pas2an,makan'pun ala kadarnya,namun apa boleh buat demi mencukupi kebutuhan keluarga yg ada di kampung,mau tidak mau saya harus menjalani semua penderitaan itu,namun syukur alhamdulillah berkat kerja keras dan doa saya slama ini alhamdulilah di terkabulkan ,meskipun jalan ini di larang oleh agama tp mungkin inilah satu2nya jalan untuk merubah nasib hidup saya,secara kbetulan saya lihat di internet tentang seseorang yg bisa mengubah nasib Menjadi lebih baik dengan jalan pemasangan angka togel, dan juga bisa Melalui Dana ghoib ..... saya beranikn diri menempuh jalan itu dan ternyata apa yg di berikan oleh Abah MAHADANA betul-betul terbukti dan saya menang 344jt,saya sangat bersyukur atas rezeki yg sy daptkan itu,ini bukan hanya sekedar cerita tp ini kenyataan.Jadi bagi saudara2 saya yg masih jd tkw ataupun yg lagi dalam kesulitan jangan takut menghubungi beliau Di 0853-4288-2547/ +628-5342-882-547 krna sy sudah membuktikannya,wassalam
ردحذفhujan emas negara orng...hujan batu negeri sendiri...
ردحذفإرسال تعليق