Wanita warga emas tikam diri sendiri depan anak

SEORANG wanita warga emas membunuh diri pada hari Selasa dengan menikam dirinya sendiri sebanyak dua kali di dada sambil diperhatikan oleh anak perempuannya lapor Asia News Network.


Pihak polis menemui Jaralsri Wangkijpaisarn, 77 maut dengan dua kesan tikaman di bahagian kiri dadanya.


Ketika kejadian, anak perempuannya, Anchalee Wangkijpaisarn sedang duduk berhampiran, namun keadaan kakinya yang cedera dan tidak dapat bergerak pantas dilaporkan punca dia gagal menghalang tragedi itu.


Bunuh Diri

Menurut Anchalee, dia nampak pisau di tangan ibunya dan menyangka wanita itu sekadar mahu menyediakan makanan.


Wanita itu bagaimanapun, tiba-tiba menikam dirinya sendiri, dan anak perempuannya tidak sempat menghalang kata Prapraisri Jaikaew, 52 salah seorang jiran memberitahu pihak polis.


Katanya lagi wanita itu mengalami kemurungan akibat beberapa penyakit yang dihidapi, malah berulang kali menyatakan hasrat ingin mati.


Warga emas itu menggunakan kaki palsu kerana kaki kanannya telah dipotong 40 tahun lalu akibat penyakit kanser. — EdisiRakyat.com, 28 Febuari 2018

Post a Comment

أحدث أقدم