Tragedi hari kekasih, wanita maut tercabut kulit kepala

KEGEMBIRAAN sepasang suami isteri bermain permainan go-kart bertukar tragedi apabila wanita berusia 28 tahun meninggal dunia dalam kemalangan yang mengerikan di sebuah taman hiburan di India pada hari kekasih 14 Februari lalu selepas rambutnya terperangkap dalam roda go-kart yang dinaikinya.


Menurut laporan dalam The star, Puneet Kaur, 28, sedang menyambut hari kekasih bersama suaminya di negeri utara Haryana ketika kejadian malang itu berlaku.


Menurut sumber lagi, pada awalnya Puneet telah mengikat rambutnya dan memakai topi keledar,sebelum menaiki go-kart malangnya ikatan rambutnya terurai menyebabkan rambutnya tersangkut dirosakkan go-kart sehingga mengakibatkan kulit kepalanya tercabut.


Wanita malang itu dikejarkan ke hospital malangnya tidak dapat diselamatkan.


Kepala Tercabut

Menurut akhbar The Indian Express, suami Kaur, Amardeep Singh, memberitahu polis: "Saya dan isteri saya sedang bergembira menikmati perjalanan di go kart. Tiba-tiba, ikatan rambut isteri saya terurai dan saya mendengar jeritannya.


Saya kemudiannya membunyikan penggera dan apabila kenderaan go-kart berhenti, saya melihat kulit kepala isteri saya tercabut. Saya tidak tahu kualiti getah dan helmet yang diberikan kepada isteri saya."


Menurut pengurus stesen go-kart ketika ditemubual seperti dalam laporan, Sushil Kumar dipetik sebagai berkata, "Kami mengikuti semua langkah keselamatan. Kami memberikan getah rambut dan juga topi keledar kepada wanita tersebut. Itu adalah kemalangan.


Menurut laporan The Times of India, keluarga wanita malang itu tidak mahu membuat laporan polis.


Menurut seorang saudara mangsa, Bobby Mann, memberitahu akhbar itu: "Ini adalah kematian yang tidak sengaja dan kami tidak mahu ada sebarang siasatan polis terhadap sesiapa sahaja sekarang, kami hanya mahu menerima mayat Puneet dan pulang ke rumah untuk upacara terakhir."


Seorang anggota polis yang terlibat dalam siasatan dilapor dalam BBC menyatakan bahawa penyebab sebenar kematian masih tidak jelas tetapi akan diketahui selepas butiran laporan bedah siasat diterima.EdisiRakyat.com, 17 Februari 2018

Post a Comment

Previous Post Next Post