SEORANG pelakon yang juga seorang pelawak ditahan polis bersama 7.50 gram ganja dalam satu serbuan di kediamannya di Taman Melati, Gombak smalam.
Menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif dipetik dalam laporan Berita Harian sebagai berkata, "serbuan itu dilakukan hasil maklumat yang diterima dan tangkapan dilakukan oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Wangsa Maju.
Ketika serbuan dilakukan oleh lima anggota di sebuah rumah di Taman Melati, terdapat seorang lelaki di dalam rumah tersebut."
Menurut dalam petikan laporan berita harian lagi, lelaki itu ketika serbuan memberikan kerjasama dengan mengambil sendiri satu beg kain berzip berwarna ungu dari bawah meja di ruang tamu.
Hasil siasatan awal mendapati beg itu mengandungi satu botol plastik lutsinar berisi ranting dan deraian daun kering disyaki dadah jenis ganja dengan anggaran berat 7.50 gram.
"Serbuan pada jam 1 tengahari itu juga membawa kepada penemuan alatan pengisar untuk mengisar daun ganja di dalam beg tersebut.
Satu botol plastik yang diubah suai dipercayai digunakan sebagai peralatan menghisap dadah jenis ganja juga turut dirampas.
Lelaki berusia 26 tahun itu dalam siasatan awal juga mengakui mengambil bekalan daripada seorang lelaki yang dikenali sebagai Sapek di Shah Alam, Selangor.
Suspek yang berasal dari Perak itu mengakui mula terjebak mengambil dadah tersebut sejak enam bulan lalu.
Pelakon itu direman tiga hari di Lokap Berpusat Jinjang sementara menanti keputusan saringan ujian air kencing yang belum diperolehi dan akan disiasat di bawah Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952" katanya.— EdisiRakyat.com, 22 Februari 2018
Post a Comment