SEORANG ibu yang koma selepas cedera parah akibat menjadi mangsa ragut dalam kejadian yang berlaku di Machang pada 10 Januari lalu, maut pada hari Khamis.
Maria Erianty Zakaria, 40 meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian pada jam 9.20am.
Suaminya Mohd Zairi Mohd Zain dan lima orang anak-anak mereka berada di sisi ibu ketika wanita itu meninggal dunia di unit rawatan rapi (ICU).
"Mayat berkenaan akan melalui satu proses bedah siasat di bilik mayat HUSM sebelum dikebumikan di kampung halamannya," kata Ketua Polis Machang, Deputi Superitenden Dzulkifli Ab Ghani seperti yang dipetik oleh NST.
Maria sedang menunggang motosikal dari Kampung Sri Rebana ke kampung bersebelahan iaitu Kampung Wek, ketika diserang kira-kira jam 6.30pm.
Pihak polis dilaporkan telah menahan dua beradik berusia 14 dan 26 bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan. — EdisiRakyat.com, 18 Januari 2018
إرسال تعليق