POLIS dilaporkan sedang memburu seorang lelaki berusia 30 tahun yang menampar seorang wanita kerana tidak memakai tudung di tempat menunggu Bas Taman Perwira baru-baru ini.
Sebuah video berdurasi 6 minit 12 saat tersebar di media sosial sejak minggu lalu menunjukkan seorang lelaki memarahi seorang pekerja kilang Sebelum dia memukul wanita berusia 24 tahun itu.
Pada awalnya kejadian itu disangkakan berlaku di sebuah tempat menunggu bas berdekatan Bukit Jambul.
Mangsa di dalam video tersebut dilapor telah membuat aduan berhubung kejadian itu pada hari Ahad, 2 minggu selepas kejadian berkenaan.
Siasatan awal mendedahkan bahawa lelaki tersebut berkelakuan agresif kerana dia dikatakan sedih apabila seorang wanita Muslim menolak untuk memakai tudung di tempat awam.
Ketua Polis Daerah Seberang Prai tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata, pihak polis telah mengenalpasti lelaki tersebut namun masih belum membuat sebarang tangkapan.
"Kami telah mengesan rumahnya, namun dia tidak tinggal di situ lagi. Kata pakciknya, dia mula tidak siuman sejak 15 tahun lalu selepas mengalami kemalangan," katanya orang satu kenyataan yang dipetik oleh NST.
Tambahnya lagi pihak polis akan terus menjejaki lelaki tersebut. — EdisiRakyat.com, 21 Januari 2018
buat apa nak buru lagi? nasi sudah jadi bubur. Berita nie telah pun disiarkan di BBC. Maknanya Malaysia dianggap sebagai negara ekstremis pengganas. Baguslah macam tu.
ReplyDeleteKlu betul tak siuman pihak berkuasa kena segera laporkan pembetulan berita. Jk tidak negara luar akan memandang serong terhadap kita
ReplyDeletePost a Comment