KAPAL milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dilapor terpaksa digerakkan bagi membantu menyelamatkan 93 pelancong yang terkandas di Pulau Tioman, susulan cuaca buruk.
Perkhidmatan feri di pulau itu dilaporkan terpaksa dihentikan buat sementara waktu akibat laut bergelora dan cuaca buruk.
Pelancong berkenaan yang terdiri daripada 39 pelancong tempatan dan 54 pelancong asing dari 18 buah negara.
BERNAMA memetik kenyataan Panglima TLDM, Kamarulzaman Ahmad Badaruddin sebagai berkata, pihaknya telah mengerahkan Kapal Diraja (KD) Terengganu dari Markaz Wilayah Laut 1, Tabung Kuantan untuk memindahkan pelancong berkenaan selepas menerima maklumat mengenai kejadian itu dari Agensi Pengurusan Bencana Negara.
Menurut beliau, kapal berkenaan telah memulakan pelayaran pada jam 4 petang tadi turut membawa bersama pasukan perubatan dan bekalan makanan bagi memindahkan kesemua pelancong itu.
"Jangka masa KD Terengganu tiba di pulau berkenaan adalah pada 1 pagi nanti dan akan bersauh di Teluk Tekek, untuk urusan pemindahan pelancong pada keesokannya.
Kesemua pelancong akan dibawa ke pangkalan TLDM Tanjung Gelang dan dijangka tiba pada 3 petang esok," katanya.
Menurut Ahmad Kamarulzaman, kesemua mangsa merasa lega kerana diselamatkan dan mengucapkan terima kasih kepada TLDM — EdisiRakyat.com, 15 Januari 2018

إرسال تعليق