Juruterbang Malaysia ditahan di Batam kerana dadah

SEORANG juruterbang warganegara Malaysia ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia selepas gagal ujian dadah di Lapangan Terbang Hang Nadim, Batam Indonesia.

Jakarta Globe melaporkan, lelaki berkenaan yang bertugas sebagai juruterbang Malindo Air, didapati positif methaphetamine dan ditahan oleh Agensi Narkotik Nasional (BNN)

Juruterbang itu ditahan ketika pemeriksaan rambang terhadap 69 kakitangan kabin dari sembilan pesawat di lapangan terbang itu pada hari Sabtu.



Suspek juga dilaporkan memiliki 1.9 g hablur methaphetamine, satu Bong dan pelapik aluminium dalam simpanannya.

Menurut laporan itu, suspek kini sedang ditahan di pejabat BNN Pulau Riau

Pesalah dadah di Indonesia berdepan hukuman pemulihan mandatori dan hukuman penjara sehingga 12 tahun jika sabit kesalahan.

Minggu lalu sumber berita itu melaporkan, Kementerian Pengangkutan Indonesia bersama dengan BNN akan meningkatkan fokus terhadap penyalahgunaan dadah di kalangan juruterbang.

BNN ditugaskan untuk memantau gerak geri juruterbang dan melakukan pemeriksaan rambang di lapangan terbang sebagai sebahagian daripada operasi rutin. — EdisiRakyat.com, 1 Januari 2018

Post a Comment

Previous Post Next Post