China ambil kesempatan kerana skandal rasuah perdana menteri

NEGARA China disifatkan mengambil kesempatan untuk menyelinap masuk negara ini berikutan skandal rasuah perdana menteri, dengan cara menawarkan bantuan bagi menyelesaikan masalah hutang 1MDB.

Perkara itu disuarakan seorang aktivis politik, saudara Hishamuddin Rais, yang juga merupakan salah seorang ahli panel dalam sebuah forum yang berlangsung pada 13 Januari 2018, di Tropical Inn Johor Bahru.

"Dalam beberapa laporan mendedahkan negara China mencari tempat yang boleh memberi hak kepada mereka untuk melabur, dan mereka akan memberikan kesakitan jangka panjang di tempat yang mereka labur," katanya.

Hishamuddin turut mengingatkan bagaimana Sri Lanka yang terperangkap dengan kerajaan China selepas gagal membayar hutang kepada negara Komunis itu.

Pelaburan China

"Sri Lanka sebanyak 50,000 tanah yang diteroka tidak mampu bayar hutang dan telah tergadai selama 99 tahun kepada negara China," katanya. 

Menurut Hishamuddin, pelaburan negara China di Malaysia lebih bersifat geopolitik, yang menguntungkan strategi ketenteraan negara Komunis itu.

"Tahun lepas terdapat latihan ketenteraan oleh China di Malaysia, laluan strategik yang dibina China adalah bertujuan untuk menguatkan kedudukan ketenteraan berikutan China merupakan kuasa besar dunia,"

"Ini boleh dilihat daripada penguasaan laluan laut mengikut perancangan mereka, Kuantan, Melaka, Sri Lanka dan Yaman, laluan ini dibina bertujuan geopolitik," katanya.

Beliau turut menggesa supaya berhati-hati dengan kerajaan China kerana negara itu dakwanya adalah kapitalis yang dikawal oleh komunis.

"Harus berhati-hati dengan Cina Merah (China Komunis) kerana mereka bukan sosialis, tetapi mereka adalah kapitalis yang dikawal oleh komunis,"

"Penguasaan kawasan Laut China Selatan sangat penting untuk Cina Merah ini," katanya. — EdisiRakyat.com, 18 Januari 2018

2 تعليقات

  1. salah tajuk lorr.. tajuk betui seharu gini... “Skandal PM Melayu Islam Ganda Perlaburan Komunis Cina & Kafir Trumph”

    ردحذف
  2. China merah adalah UMNO . Baju UMNO merah!LOGO UMNO MERAH, apa beza CIna DAP dgn CINA MERAH?

    ردحذف

إرسال تعليق

أحدث أقدم