SEORANG bayi yang baru berusia 4 bulan maut selepas dikatakan sesak nafas apabila wajahnya tertutup dengan kain bedung ketika sedang tidur di rumahnya di Sungai Besi Kuala Lumpur.
Bayi malang itu dikejarkan ke Hospital Tuanku Muhriz di Cheras sebaik sahaja ibu bapanya menyedari bayi mereka tidak sedarkan diri pada pukul 7.30am.
Ketua polis Cheras, Asisten Komisioner Abdul Ghani Mohamad Ji berkata, doktor telah berusaha untuk menyedarkan semula bayi berkenaan selama 15 minit, namun tiada sebarang tindak balas.
"Bayi itu telah disahkan meninggal dunia," katanya.
Pihak polis telah merakam kenyataan dari doktor, yang mengatakan bahawa bayi berkenaan mati akibat Sindrom Kematian Mengejut.
Bayi itu yang dalam keadaan dibedung, dan tidur di atas katil yang sama dengan ibu bapanya, dipercayai sesak nafas selepas kain bedung yang membalut badan tertutup di wajahnya.
Pemeriksaan yang dibuat ke atas bayi itu mendapati tiada sebarang kecederaan fizikal, sekaligus mengesahkan kematian itu tidak melibatkan sebarang elemen jenayah — EdisiRakyat.com, 10 Januari 2018

إرسال تعليق