TUN Dr Mahathir Mohamad dilapor mengakui bahawa Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mempunyai potensi untuk menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Harapan menang dalam pilihan raya umum ke-14.
Pengerusi Pakatan Harapan itu bagaimanapun berkata, Walaupun Azmin berkebolehan beliau tidak dipilih oleh kepimpinan Pakatan Harapan.
Pada hari Jumaat, Dr Mahathir dilaporkan berkata bahawa beliau tidak mahu menjadi Perdana Menteri namun telah diminta untuk menerima jawatan itu.
"Setiap orang berhak untuk menyuarakan pandangan dan saya mesti hormati orang yang menyokong dan mempercayai saya," kata beliau menjawab kritikan Sangeet Kaur Deo, anak perempuan mendiang Karpal Singh, mantan pengerusi DAP.
Menurut Azmin pula, beliau sedia menawarkan kerusi parlimen Gombak untuk Mahathir.
"Saya bersedia memberi laluan kepada Tun Mahathir di parlimen Gombak sekiranya dipersetujui Keadilan. Mari membingkai muafakat demi rakyat," tulisnya melalui akaun twitter rasmi beliau. — EdisiRakyat.com, 14 Januari 2018

إرسال تعليق