Anggota Polis terima rasuah RM150, Mahkamah kekal hukuman penjara 16 tahun

MAHKAMAH Tinggi di Alor Setar Kedah, dilapor mengekalkan hukuman penjara selama 16 tahun dan denda sebanyak RM20,000 terhadap seorang anggota polis berusia 58 tahun kerana meminta dan menerima rasuah enam tahun lalu.

Hakim Chan Kit Lin hari ini mengekalkan hukuman berkenaan selepas menolak rayuan Koperal Sazali Hashim terhadap sabitan dan hukuman ke atasnya.

Pada 25 Julai 2017, Sazali disabitkan bersalah di atas dua tuduhan meminta dan menerima rasuah sebanyak RM150 dari seorang lelaki Pada 18 Oktober 2012.

Tertuduh telah dijatuhkan hukuman penjara selama 8 tahun dan denda sebanyak RM10,000.

Hakim Azhar Mokhtar, ketika menjatuhkan hukuman mengarahkan hukuman penjara berjalan serentak.

Dalam kes pertama, Sazali yang bertugas di Balai Polis Kuah Langkawi, dituduh meminta wang sebanyak RM150 daripada Mohd Asri Bulat dalam satu sekatan jalanraya di Jalan Batu Asah di antara jam 11.00 pagi dan 12 tengahhari pada 18 Oktober, 2012.

Polis Rasuah RM150Sumber FOTO — NST

Rasuah berkenaan adalah sebagai dorongan kepadanya supaya tidak mengambil tindakan terhadap Mohd Asri yang dikatakan memiliki air ketum dalam simpanannya dan untuk memulangkan kad pengenalan miliknya.

Dalam tuduhan kedua, Sazali dituduh menerima RM150 dari Mohd Asri untuk memulangkan kad pengenalan miliknya pada jam 7 petang hari yang sama di sebuah restoran di Kuah.

Tertuduh didapati bersalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 16 (b) dan Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum sehingga 20 tahun dan denda 5 kali nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi.

Timbalan pendakwa raya SPRM, A. Hafiizh Abu Bakar manakala Sazali diwakili oleh peguam Datuk Naran Singh. — EdisiRakyat.com, 7 Januari 2018

2 Comments

  1. woii yg ko pangkat kecil sangat taknak tulis saman sebab kerajaan rugi.. betul ke???

    duit saman yg akan dikutip tu duit jibgor bik hipo.. dana negara tu rakyat punyo bukan bn punyo... kito dipakso bayor gst zalim.. subsidi tak nampak kembali pon!!!

    ReplyDelete
  2. Lepas ni mereka akan rasuah lebih 150juta kena 16 tahun juga lebih untung. Keluar2 150juta menunggu. Ni pengajaran kpd polis2 dan anggota kerajaan lain. Rasuah biat tinggi2. Rugi je rasuah sikit2.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post