PIHAK Polis hari ini dilaporkan berjanji untuk mengambil tindakan dan prosedur yang perlu berdasarkan undang-undang sekiranya India menghantar permintaan untuk menangkap pendakwah dalam pelarian Dr Zakir Naik.
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengesahkan bahawa pihaknya tidak ada menerima arahan untuk menangkap pendakwah kontroversi itu setakat ini.
"Setakat ini kita tidak menerima sebarang Arahan hitam-putih dari mana-mana pihak," katanya yang memberitahu Malay Mail melalui satu pesanan mesej.
"Kita telah melihat beberapa aspek termasuk undang-undang dan isu keselamatan berkait dengan kes tersebut sebelum satu tindakan dibuat,"

Agensi Penyiasatan Kebangsaan India (NIA) sebelum ini dilapor mahu menghantar satu permohonan bagi menangkap Dr Zakir yang dipercayai berada di negara ini.
Sumber berita Times of India yang berpengkalan di Mumbai melaporkan, berdasarkan perjanjian ekstradisi Malaysia dan India, sebaik sahaja Malaysia menerima permintaan tangkapan, ia perlu mengesahkan lokasi Dr Zakir dan menangkapnya sementara menunggu permohonan ekstradisi secara rasmi.
Awal bulan ini, pihak Interpol telah membatalkan notis merah terhadap Dr Zakir Naik seperti yang diminta oleh NIA.
Sumber berita tempatan India melaporkan NIA telah menjelaskan bahawa permohonannya sebelum ini telah ditolak kerana ia bersifat "pramatang" dan agensi itu belum memfailkan sebarang kertas pendakwaan terhadap Dr Zakir Naik pada masa itu.
NIA dilaporkan sebagai berkata akan menghantar satu lagi permohonan baru kepada Interpol, selepas satu kertas pendakwaan telah difailkan di sebuah mahkamah khas di Mumbai bulan lalu.
Pendakwah berusia 52 tahun itu dilaporkan dituduh di bawah Akta Aktiviti-aktiviti Haram India (Pencegahan) kerana mengetuai "pertubuhan haram," beliau juga dituduh menggalakkan anak-anak muda untuk melakukan tindakan ganas dan menyertai kumpulan kumpulan pengganas Global seperti Islamic State.— EdisiRakyat.com, 25 Disember 2017
إرسال تعليق