Darah tersembur akibat luka ceaserian meletus, ibu trauma kesakitan

SEORANG ibu yang baru melahirkan mengalami mimpi ngeri apabila parut pembedahan ceaserian meletup sehingga tersembur cecair bercampur darah lalu mengenai ibu, dua anaknya serta syiling rumah.

Raluca Onicuic, 32, menceritakan detik-detik ketika luka pembedahan ceaserian terbuka selepas dua hari melahirkan anak.

Menurutnya, luka pembedahannya dicantum semula dengan staples tetapi dia mengalami alahan pada bahan logam menyebabkan dia kehilangan satu pain darah.



Beliau melahirkan anak pada 1 November lalu di Hospital Universiti Luton dan Dunstable tiga minggu awal dari tarikh kelahiran yang diberi.

Menurut Reluca lagi, staples itu sangat tidak selesa dan menyakitkan. Rasanya sangat perit dan mengerikan.

"Selepas staples itu dimasukkan, kulit saya mula merah terang dan meradang. Saya ditahan semalaman di hospital, tetapi doktor mengesahkan tiada pembentukan cecair di bahagian luka atau perkara yang perlu dirisaukan.

Saya dihantar pulang ke rumah terapi rasa sakit tu semakin meningkat sehingga saya tidak dapat mengendong anak saya.

Saya meminta ibu saya melihat bekas luka itu dan apabila saya menanggalkan seluar, parut saya meletup seperti belon air yang meletup di mana-mana dan cecair yang keluar darinya menyembur ke kaki, dinding dan siling rumah.



Percikan darah bercampur cecair itu juga mengenai ibu dan anak saya menyebabkan mereka terlalu terkejut dan tergamam.

Ia adalah darah bercampur cecair berwarna merah jambu yang berbau seperti ubat pembasmi kuman."

Raluca dibawa ke hospital di mana lukanya meletus buat kali kedua dan kali ini dia kehilangan lebih banyak darah berbanding 600 ml sebelum ini.

Pihak perubatan hanya menanggalkan staples tersebut setelah didesak oleh Raluca tetapi tiada tampalan baru dibuat.

Pihak perubatan hanya menampal dengan pelekat yang steril dan membenarkan Raluca pulang dan mengatakan bahawa luka itu akan sembuh dengan sendiri.



Kesakitan Raluca tidak berakhir di situ. Dia yakin parutnya pasti akan tampak besar dan dia mula merasa trauma.

"Saya sangat sakit, luka saya sangat menyakitkan.

Saya tidak boleh memandu, saya tidak boleh mandi, malah saya tidak boleh memegang anak-anak saya. Hidup saya sangat terganggu, walaupun ia hanya tiga minggu.

Pengalaman ini telah membuat saya sangat kecewa. Saya tidak mahu melihat doktor-doktor itu sekali lagi dan saya tidak akan pernah kembali ke hospital itu.", tambahnya lagi

Menurut jurucakap Luton dan Hospital Universiti Dunstable NHS Foundation Trust ketika diminta mengulas oleh sumber mengatakan, tidak mungkin staples telah menyebabkan masalah itu.

"Kami sangat kesal kerana Puan Raluca telah mengalami jangkitan selepas pembedahan. Staples yang digunakan dibuat daripada bahan lengai dan tidak mungkin boleh menjadi penyebab jangkitan."

Pihak yang bertanggungjawab merawat Raluca mengesahkan bahawa ketika Raluca berada di bawah pemantauan mereka, tidak ada petunjuk yang dicatatkan menjurus kepada alergi logam. — EdisiRakyat.com, 4 Disember 2017

Post a Comment

Previous Post Next Post