ADAKAH anak anda kelihatan stress dan tertekan? Kenal pasti penyebab stress dan tekanan pada kanak-kanak dan cara mengatasinya.
Rasa tertekan dan stress pada kanak-kanak boleh berlaku pada pelbagai peringkat usia sejak usia muda ataupun ketika dalam kandungan.
Apabila ibu yang mengandung mengalami rasa tertekan, janin yang ada dalam kandungan juga akan merasakannya.
Degup jantung janin menjadi tidak teratur sehingga bekalan oksigen berkurangan dan mengganggu proses pembekalan makanan.
Seiring dengan bertambahnya usia terutamanya semasa remaja, berbagai perkara boleh menyebabkan stress pada anak.
Antara penyebab-penyebabnya adalah:
1. Kurang tidur
Terlalu banyak bermain atau menonton televisyen menjadikan kanak-kanak kekurangan tidur.
Bagi kanak-kanak yang telah bersekolah, longgokan kerja sekolah, kegiatan ko-kurikulum atau kegiatan yang berlebihan menjadikannya kurang berehat dan perlu menghabiskan masa untuk tugasan-tugasan sekolah sehingga waktu tidurnya terganggu.
Kurang tidur memberi kesan yang besar terhadap emosi dan fikiran seseorang kanak-kanak sehingga boleh menyebabkan kanak-kanak itu menjadi tidak stabil dan mudah merasa tekanan.
2. Makanan tidak berkhasiat
Kekurangan sajian makanan berhasiat pada diet harian anak boleh menyebabkan pertumbuhan anak menjadi terganggu dan menyebabkan bekalan khasiat yang diperlukan oleh tubuhnya tidak mencukupi sehingga boleh menimbulkan rasa tertekan.
Pendedahan berlebihan kepada makanan ringan dan juga pengambilan makanan segera juga memberi kesan kepada tubuh badan kerana makanan seperti ini mempunyai kandungan gula dan bahan pengawet serta Monosodium Glutamat yang berlebihan dan kurang berhasiat untuk tubuh.
Makanan seperti ini tidak membantu meningkatkan sistem imuniti dan menganggu sistem tubuh sehingga boleh menyumbang kepada stress.
3. Keadaan di dalam rumah
Pertengkaran ibu bapa atau penceraian boleh menyebabkan ketakutan dan tekanan kepada anak-anak.
Ketika membesar, kasih sayang orang di sekelilingnya terutamanya ibu bapa adalah amat penting untuk menjadikan mereka berasa selamat dan dilindungi.
Keadaan huru-hara dalam hubungan ibu bapa, pergaduhan dan penceraian memberi kesan yang besar sehingga mengganggu psikologi kanak-kanak menyebabkan anak ini menjadi trauma, mudah marah, tersinggung, pesimis dan sebagainya.
4. Masalah pergaulan
Biasa kita mendengar kes buli dan pergaduhan di sekolah yang semakin menjadi-jadi.
Kebiasaannya pergaduhan ini bermula daripada ejekan dan rasa ketidakpuasan hati terhadap perbezaan fahaman atau kelebihan rakan dari segi fizikal dan sifat menyebabkan mendapat ejekan dan seterusnya menjurus kepada perkara yang lebih besar iaitu kes buli dan pergaduhan.
Terdapat keadaan di mana anak-anak merasa rendah diri dan berbeza dari kanak-kanak lain dari kumpulannya. Ini menyebabkan kanak-kanak itu lebih gemar menyendiri dan merasa tertekan kerana merasa tidak dapat diterima oleh kawan-kawannya.
5. Cara didikan ibu bapa
Secara umumnya, terdapat 3 jenis cara didikan ibu bapa yang amat mempengaruhi psikologi anak iaitu:
i) Authoritatian
Ia adalah sejenis didikan ibu bapa yang bersifat kuku besi yang mana tidak memberikan kebebasan kepada anak dalam menentukan apa-apa sahaja.
Ibu bapa seperti ini kadangkala terlalu memaksa anak-anak memenuhi permintaan mereka sehingga kadangkala seperti menganiaya anak.
ii) Permissive
Ia merupakan sejenis cara didikan ibu bapa yang amat mempercayai anak sehingga terlalu memberi kebebasan walaupun anak itu belum cukup matang untuk membuat keputusan dengan tepat.
Ibu bapa seperti ini kadangkala terlalu membiarkan anak sehingga menutup mata walaupun anak jelas-jelas melakukan kesalahan dan tidak memberi teguran.
iii) Autoritative
Ibu bapa seperti ini dikatakan benar-benar membuat sesuatu tindakan setelah berfikir dengan jelas dalam menentukan halatuju anak.
Mereka tidak mengekang anak secara berlebihan dan tidak terlalu memberi kebebasan kepada anak-anak.
Dalam setiap perkara, mereka terus memberikan perhatian kepada anak-anak dan berusaha membentuk anak yang berdikari.
Pola authoritative merupakan cara didikan yang paling baik untuk membentuk keperibadian anak.
Pada sisi lain pula, stress dan tertekan ini boleh berlaku apabila anak merasa tidak dapat memenuhi tuntutan ibu bapanya atau kerana dia perlu mengalami akibat buruk kesan dari setiap keputusan yang diambilnya.
Cara membantu anak mengatasi rasa stress dan tekanan
1. Perbaiki cara didikan anda
Jika selama ini anda cenderung bersikap suka mengawal atau sebaliknya serba boleh, sebaiknya anda mengubah cara didikan anda agar anda tidak merasa dibebani dengan tuntutan yang berlebihan.
Cuba beri peraturan yang jelas dan alasan kenapa peraturan tersebut diberikan serta akibat apabila peraturan dilanggar.
Jangan lupa pula untuk memberikan pujian jika anak anda bersikap positif, tetapi berikan juga teguran apabila anak anda ingkar.
2. Jadi sahabat kepada anak dan berkomunikasi secara terbuka
Hubungan rapat antara ibu bapa dan anak akan membantu seseorang anak terbuka pada ibu bapa dan bebas menjadikan ibu bapa sebagai tempat meluahkan perasaan.
Jika boleh, jadilah seperti sahabat yang mendengar tanpa menilai sebaliknya berikanlah sokongan dan nasihat dengan sebaiknya.
Dengan ini, anak pasti dapat menceritakan kejadian yang tidak menyenangkan yang dialaminya semasa di sekolah atau di luar rumah.
Ibu bapa sebagai manusia yang lebih berpengalaman pastinya dapat memberikan solusi yang terbaik untuk anaknya atau mengambil tindakan yang diperlukan agar kejadian tidak menyenangkan dapat dihindari.
Ini adalah lebih baik berbanding jika anak menceritakan masalah kepada rakan sebaya dan mendapatkan nasihat kerana ditakuti diberi solusi yang tidak baik dan saranan yang menyesatkan.
3. Tidak meminta secara berlebihan
Setiap ibu bapa pasti mahukan yang terbaik untuk anak tetapi janganlah meletakkan sasaran sehingga membuatkan anak merasa terbeban.
Perkara yang perlu dielakkan adalah mengkritik atau membanding-bandingkan anak anda dengan orang lain.
Terimalah anak anda dengan segala kelebihan dan kekurangannya.
Jika anak anda gagal mencapai sasaran yang anda inginkan, janganlah menghukum atau merendahkannya sebaliknya bantulah dia agar menjadi lebih baik.
Kegagalan yang dialami sekarang bukanlah bermakna bahawa dia tidak dapat menjadi lebih baik pada masa akan datang.
Kadangkala satu kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan yang lain dan ia bukanlah bermakna pengakhiran kepada segalanya.
4. Membentuk anak yang berdikari
Seorang anak perlulah dididik untuk berdikari kerana tidak mungkin ibu bapa akan mampu menjaga dan mengawal anak sepanjang hidupnya.
Maka, bantulah dia dengan memupuk keberanian dalam dirinya dan melatih anak tersebut untuk membuat keputusan yang diperlukan.
Anak yang berani pastinya akan mampu berdepan dengan setiap kesan daripada keputusan yang diambil dan mampu mengawal tekanan.
Jadilah pembimbing anak dalam setiap keputusan yang ingin diambil dengan cara berbincang dengan anak apabila anak bertanyakan tentang sesuatu.
Beritahu tentang kesan yang baik dan buruk dari setiap keputusan yang diambil.
Perkara ini dapat membantu anak ketika dia perlu membuat keputusan tanpa bantuan ibu bapa.
Anak yang berdikari pasti akan berasa lebih mudah untuk menangani setiap masalah yang dihadapinya dan terhindar daripada rasa tertekan.
5. Sediakan makanan yang berkhasiat untuk anak
Hidangkan makanan yang berhasiat untuk anak anda dan jangan membiasakan anak mengambil makanan ringan, minuman berkarbonat atau makanan segera yang tidak berkhasiat.
Pengambilan makanan berhasiat dapat membantu menghasilkan hormon yang memberi ketenangan dan meredakan stress.
Biasakan anak pada waktu makan yang tepat dan teratur dan minum air secukupnya agar tidak mengganggu metabolism tubuh anak anda.
6. Memastikan anak mendapat tidur yang cukup
Untuk membantu anak cukup tidur, pastikan anak anda mempunyai jadual yang baik dengan menentukan waktu dia boleh bermain, semasa bila dia perlu melakukan tugas persekolahan dan perkara-perkara lain.
Dengan demikian, anak anda mempunyai masa yang cukup untuk tidur awal dan tidak sampai perlu tidur larut malam untuk melakukan tugasnya.
7. Hubungan keluarga yang harmoni
Hubungan ibu bapa yang harmoni serta hubungan yang rapat antara adik beradik akan menjadikan seorang anak merasa selesa dan seronok berada di rumah.
Ini membantu menghindarkan dari pergaulan dengan rakan yang tidak baik yang membuatkannya berasa tertekan.
Selain itu, dengan keluarga yang harmoni dapat menghindari berlakunya pertengkaran bahkan penceraian yang akan mengganggu kestabilan emosi anak.
8. Beri kebebasan yang wajar untuk anak
Bagi perkara yang tidak terlalu penting, berikan kebebasan kepada anak seperti dalam menentukan kegiatan tambahan ko-kurikulum atau kegiatan yang akan disertainya.
Biarkan dia menyalurkan minat pada hobinya sehingga dia tidak merasa terkongkong dan menikmati aktivitinya.
Dalam konteks ini, perhatian dan kasih sayang dari ibu bapa merupakan perkara yang amat penting, terutamanya membantu anak agar terhindar dari rasa tertekan dan stress.
Maka teruslah menyokong anak anda dan berikan perhatian sepenuhnya agar dia dapat menikmati hari- hari mendatang dengan ceria.— EdisiRakyat.com, 7 November 2017

Post a Comment