Durian diraja ASFA50 bakal kalahkan Musang King

DURIAN jenis baru yang dinamakan sebagai ASFA50 kini diperkenalkan di Malaysia yang katanya bakal mengalahkan status "Musang King" sebagai durian paling enak.

Durian itu dikatakan "baru dan jarang ditemui" selain ia dikatakan "80 peratus kurang bergas" sekaligus menyebabkan baunya lebih ringan berbanding durian biasa dan sesuai untuk penggemar durian yang memiliki perut sensitif.

Kelebihan itu juga dipercayai membolehkan durian jenis baru itu untuk menembusi pasaran global.

Menerusi catatan di Facebook, Super Tech Industrial mendakwa, durian ASFA50 hanya mengambil masa selama 3 tahun untuk berbuah berbanding Musang King atau Mao Shan Wang yang memerlukan tempoh matang sehingga 9 tahun.

"Tingginya hanya tiga atau empat meter, berbanding 15 meter bagi pokok durian biasa dan ia berbuah dua kali setahun," dakwa syarikat tersebut, sambil menambah bahawa pokok itu tidak meretakkan lantai ataupun bangunan.

ASFA50

Selain itu katanya, pokok-pokok kecil ASFA50 boleh ditanam di dalam pasu-pasu yang besar.

ASFA50 juga dilaporkan sudah mendapat perkenan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail untuk diwartakan sebagai buah diraja Perlis pada 17 Mei lalu.

Sumber berita Singapura melaporkan, sekitar 5,000 anak pokok durian tersebut kini sudah dijual pada harga RM150 setiap satu kepada orang-orang terkenal Malaysia seperti mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Daim Zainuddin dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

benih asfa50

Buah durian itu pula dijual pada harga RM60 sekilogram lapor The Star yang memetik kenyataan Ferri Anugerah Makmur, pemilik Super Tech.

ASFA50 diperkenalkan sempena ulang tahun ke-50 perkahwinan Sultan Perlis dan permaisuri Tengku Fauziah, ia telah diwartakan sebagai buah diraja kedua Negeri Perlis selepas mangga harum manis.

Gelaran ASFA50 itu sendiri merupakan singkatan kepada "Aniversary Sirajuddin Fauziah yang ke 50"— EdisiRakyat.com, 29 November 2017

1 Comments

  1. Kalau pokok hasil dari kawin dari pokok penanti dari durian lain akarnya tetap sama juga akan memecahkan lantai rumah..
    Melainkan pokok jenis hybrid genetik sepenuhnya.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post