KETIKA orang ramai di media sosial memaki hamun dan melepaskan perasaan geram kepada tujuh remaja yang membakar Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, ibu kepada salah seorang pelajar yang mati terbakar bukan sahaja mengucapkan terima kasih malah mendoakan kebaikan terhadap remaja-remaja yang melakukan jenayah tersebut.
"Terima kasih buat mereka semua kerana dah jadikan anak saya anak syurga. Saya maafkan mereka semua. Semoga Allah beri hidayah buat mereka dan jadikan mereka di antara anak-anak yang soleh lagi bertaqwa, amin," tulisnya di laman facebook.
Beliau turut memanjatkan syukur sambil meyifatkan bahawa kematian anaknya Daniel dalam tragedi menyayat hati itu bermakna doanya selama ini sudah dimakbulkan oleh Allah.
"Nanti umi akan peluk abang lagi di syurga. Abang tunggu umi ye, umi sayang abang sangat-sangat. Ya Allah Engkau jadikanlah anak-anak ku di antara tahfiz-tahfiz Mu dan Syahid-syahid Mu, itulah antara doa yang tak pernah ku tinggalkan setiap kali lepas solat. Alhamdulillah Engkau dah makbulkan doaku ya Allah,"
Beliau turut mengimbau kenangan ketika anak kesayangannya itu memeluk erat dirinya setiap kali sebelum pergi ke Kuala Lumpur untuk pulang ke tahfiz tempatnya menimba ilmu.
"Abang sejuk perut Ummi mengandung dan melahirkan mu, ummi sentiasa ingat kata-kata abang setiap kali Abang nak tinggalkan Ummi pergi KL"
"Abang peluk umi dan abang bisikan di telinga Ummi, umi abang sayang umi, abang nak tolong umi. Abang tak nak umi susah-susah lagi, abang nak umi bahagia. Dah lama umi sudah untuk abang dan adik-adik."
"Saat tu abang peluk umi erat-erat, umi cakap umi tahu abang anak yang Soleh. Umi tak kisah pun umi susah untuk anak-anak umi. Umi rela korbankan segala-galanya untuk anak-anak umi walau nyawa umi sekali pun."
"Abang tatap mata umi dan abang senyum, abang cium pipi dan dahi umi. Abang janji abang akan tolong umi suatu hari nanti. Abang sentiasa ulang ayat yang sama setiap kali Abang nak tinggal umi. Dan sekarang abang pergi tak kembali,"
"Tapi Umi tahu, abang tunggu umi di pintu syurga untuk menjemput umi masuk ke syurga Firdaus. Umi bangga dengan abang. Insya Allah adik-adik abang juga umi akan masukkan ke sekolah tahfiz seperti impian abang," luahnya. — EdisiRakyat.com, 18 September 2017

إرسال تعليق