SEORANG pemandu lori berusia 44 tahun dilaporkan berpura-pura mati selepas kenderaan yang dipandunya hilang kawalan, seterusnya tergelincir dan terdampar di arah bertentangan pada KM76.3 Lebuhraya Utara Selatan.
Bagaimanapun, Ramasamy Rangasamy dari Taman Cendana Pasir Gudang, mengalami kecederaan patah kaki dalam kejadian yang berlaku pada 7.35 pagi itu.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Abdul Wahib Musa memaklumkan bahawa siasatan awal mendapati pemandu itu tertidur mengakibatkan kenderaan yang dipandunya melencong melanggar pembahagi lebuhraya.
"Pemandu tersebut hilang kawalan kenderaannya, dan ia telah tergelincir beberapa meter sebelum merempuh pembahagi jalan. Lori yang dipandunya terhumban ke bahagian kanan,"
"Satu pasukan bomba dari Balai Bomba Ayer Hitam telah bergegas ke tempat kejadian dan mereka menggunakan pemotong logam untuk melepaskan mangsa yang kakinya tersepit pada tempat duduk. Dia telah dikejarkan ke Hospital Sultanah Nora Ismail bagi merawat kecederaannya," katanya. —EdisiRakyat.com, 25 September 2017

Post a Comment