SEORANG Pemandu GrabCar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang hari ini atas tuduhan membelasah, mencederakan, serta mengugut penumpangnya.
Muhamad Izuwan Kamaruddin, 38 tahun, didakwa telah melakukan kesalahan itu di dalam sebuah kereta Perodua Myvi pada jam 11.45 pagi di Hutan Simpan KOMPT. 80 Hulu Langat, Ampang pada 11 September lalu.
Dalam tuduhan pertama dia didakwa di bawah seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana membelasah seorang penumpang wanita, yang merupakan seorang pelajar kolej swasta, Dengan niat untuk mencabul kehormatannya dan dia berdepan penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana 2 hukuman sekiranya didapati bersalah.
Bagi pertuduhan kedua, tuduhan sengaja mencederakan wanita berkenaan, dia didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2000 atau kedua-duanya jika didapati bersalah.
Dia juga dituduh telah melakukan ugutan jenayah Dengan niat untuk menakutkan wanita tersebut, dan kesalahan Itu dituduh di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Sekiranya didapati bersalah, Muhammad Izuwan boleh Dipenjara sehingga 2 tahun atau denda atau kedua-duanya bagi kesalahan itu. Majistret Haslinda A.Raof membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan juga memberi amaran agar dia tidak mengugut mangsa.
Sebutan kes ditetapkan pada 26 Oktober.
Timbalan pendakwa raya Raihanah Abdul Razak melakukan pendakwaan, manakala tertuduh yang mempunyai seorang anak tidak diwakili oleh peguam.— EdisiRakyat.com, 19 September 2017

إرسال تعليق