Wanita patah leher kerana bersin, patah leher lagi akibat ketawa pula

SEORANG wanita juga merupakan seorang ibu yang pernah patah leher lima tahun lalu akibat bersin kali ini patah leher sekali lagi akibat ketawa selepas mendengar lawak jenaka dari seorang kawan.

Monique Jeffrey, dari Melbourne, Australia sedang berbaring di atas katil pada bulan Mac 2012 sebelum dia dikatakan tiba-tiba bersin, menyebabkan kepalanya terangkat ke atas sekaligus mengakibatkan penyambung leher di belakangya tertanggal.

Ketika itu seorang bayi yang baru lahir diletakkan di bilik sebelah namun Monique ketika itu langsung tidak mampu bergerak. Dia terpaksa menghantar satu pesanan ringkas kepada suaminya Sam untuk meminta pertolongan "Tolong!", tulisnya ringkas.

Sam terus bergegas kembali ke rumah dan menghubungi ambulan.

Monique menerima rawatan selama 14 minggu dan terpaksa menggunakan 'halo brace' sejenis perkakas yang menebuk lubang di dalam tengkorak ketika pesakit dalam keadaan sedar dan gunanya untuk menyusun semula tulang vertebra.



Wanita yang bekerja sebagai pengurus hotel itu berjaya sembuh sepenuhnya dan dapat meneruskan hidup dengan keluarganya bersama anak lelaki, Thomas.

Walau bagaimanapun nasib buruk kembali menimpa Monique dalam bulan April yang lalu apabila sekali lagi lehernya patah untuk kali kedua betul-betul di tempat patah yang lama.

Monique yang kini berusia 33 tahun berkata: "leher saya rasa masam dan ketika itu saya di tempat kerja,"

"Saya ada membuat sedikit regangan di meja saya dan merasa sangat sakit, namun pada masa itu masih boleh bergerak ke sekeliling. Saya hantar mesej kepada suami beritahu saya rasa leher tidak begitu stabil"

"Kira-kira sejam kemudian saya berada di dalam bilik kakitangan bersama Seorang rakan sekerja, ketika itu kami ketawa dan ia berlaku lagi. Kepala saya tersangkut di bahagian kanan sama seperti sebelum ini,"

"Kali ini saya benar-benar tahu apa sudah terjadi, saya rasa sakit sangat, salah seorang rakan telah menghubungi ambulan. Saya melalui imbasan CT dan juga MRI yang mengesahkan bahawa ia adalah dua tulang vertebra yang sama,"

Para doktor yang merawat beliau dikatakan menjadi bingung melihat kecederaan yang dialami Monique, mereka langsung tidak pernah menghadapi situasi itu sebelum ini.

Menurut Monique: "Sekarang ia sudah berlaku dua kali, saya kini berdepan dengan risiko yang sangat tinggi untuk ia berlaku lagi. Namun kami cuba rawatan physio untuk memperkuatkan otot-otot di sekeliling leher saya membuatkannya stabil,"

"Jika leher saya patah lagi, ia amat berisiko tinggi untuk mencantumkannya semula," kata Monique.

Monique kini sedang dalam proses penyembuhan untuk kali kedua menggunakan 'halo brace' di rumahnya bersama suami Sam, 36 dan anak mereka Thomas yang kini sudah berusia 6 tahun juga seorang anak perempuan Macy berusia 2 tahun.

"Sekarang ini hidup saya sangat berbeza. Ketika ia berlaku sebelum ini saya masih boleh bekerja 4 hari seminggu tapi sekarang saya tak boleh bekerja sampai leher saya benar-benar sembuh," kata Monique.

"Kami tidak ada keluarga berdekatan, yang boleh datang setiap minggu untuk membantu kami mengurus dan menjaga kedua-dua anak supaya suami saya boleh berkerja,"

"Tiada lagi ketawa ataupun bersin, saya perlu sentiasa berhati-hati sepanjang masa untuk jangka masa yang panjang," katanya lagi. EdisiRakyat.com, 2 Jun 2017

Post a Comment

أحدث أقدم