SEORANG wanita dilaporkan dipenjara hanya selama empat tahun selepas dia didapati bersalah membunuh seorang bayi di dalam jagaannya.
Viktoria Tautz, yang berumur 34 tahun dilapor hilang pertimbangan sehingga sanggup menggoncang Joshua Paul yang baru berusia 10 bulan selama setengah jam ketika ibunya sedang bekerja.
Pihak pendakwaan berkata, 'rentapan' itu telah menyebabkan kecederaan serius pada bahagian otak dan tulang belakang bayi disebabkan 'goncangan berbahaya dan berlebihan'.
Bayi tersebut dilaporkan telah dikejar ke hospital dan mati dalam pelukan ibu bapanya tiga hari kemudian.
Tautz nafi sengaja membunuh, menurutnya dia tidak pernah 'marah' atau 'kecewa' dengan bayi tersebut yang dilahirkan 10 minggu sebelum itu.
Undian pihak juri mahkamah dengan majoriti 10:2 bagaimanapun menyimpulkan Tautz sebagai bersalah dalam tuduhan tersebut.
Justeru dia didapati bersalah membunuh Joshua di sebuah rumah di Haringey, utara London disebabkan oleh satu keadaan yang dipanggil sebagai 'detik kegilaan'.
Tautz mula bekerja dengan keluarga bayi tersebut sejak 16 Jun 2014 selepas ibunya Pearll Paul kembali semula bertugas.
Dia dikatakan telah diberi 'arahan yang ketat' tentang bagaimana untuk menjaga Joshua kerana bayi itu dikatakan mempunyai beberapa masalah kesihatan termasuk terdapat bendalir di bahagian ubun ubun kepalanya.
Ibunya memberitahu Tautz, sekiranya bayi itu muntah, berhenti makan, atau pun pengsan tidak sedarkan diri, dia harus segera dikejarkan ke hospital.
Pada sekitar 8.40 pagi 29 Ogos, mahkamah diberitahu bahawa si ibu meninggalkan bayi lelakinya dalam keadaan 'gembira bermain' di rumah Tautz, sebuah rumah pangsa satu bilik.
Pada jam 9.07 pagi salah seorang jiran telah menghubungi talian kecemasan 999 selepas Tautz berlari turun dari rumahnya sambil menjerit meminta pertolongan dalam keadaan memegang Joshua yang tidak sedarkan diri dan tidak bernafas.
Doktor mendapati Joshua mengalami kecederaan otak yang serius dan meninggal dunia pada 1 September di Great Ormond Street Hospital.
Bercakap melalui seorang penterjemah Hungary, Tautz berkata dia bersama dengan Joshua selama 20 minit di ruang tamu sebelum meninggalkannya kerana mahu melakukan aktiviti jahitan di lokasi berdekatan.
Dia mula mengangkat Joshua kerana bayi itu mula menangis tidak henti-henti dan mukanya kelihatan merah dan bengkak kata Tautz.
"Kemudian bayi itu berhenti menangis, saya sangkakan dia tercekik jadi saya pun tundukkannya dan tepuk bahagian belakang," kata Tautz.
Menurut Tautz, Joshua kelihatan tidak bernafas dan keadaan itu membuatkan dia 'merasa takut' dan segera pergi ke bilik air untuk cuba membuat bayi itu muntah.
Selepas usaha itu nampaknya tidak berjaya, barulah dia berlari keluar rumah dalam keadaan Joshua berada di pelukannya untuk meminta pertolongan.
"Saya berasa sangat takut saya tak tahu apa yang berlaku padanya," kata Tautz.
Dia juga nafi ada bertindak menggoncangkan bayi itu untuk menyedarkannya.
Ketika menjatuhkan hukuman, Hakim Mrs McGowan menerima bahawa Tautz tidak berniat untuk menyebabkan Joshua mengalami kecederaan serius.
Kata hakim: "Kamu hilang kawalan atau kamu kecewa — saya tidak ada sebarang keraguan langsung bahawa ia merupakan cara kamu untuk cuba menghentikannya menangis ataupun untuk membuatkannya tidur."
Namun tambah hakim lagi: "Situasi kamu tidak sama seperti seorang ibu remaja di tengah-tengah malam seorang diri terperangkap di dalam sebuah rumah pangsa tanpa sesiapa pun yang boleh membantu."
Tautz bercucuran air mata ketika hukuman penjara dijatuhkan ke atasnya. — EdisiRakyat.com, 2 Jun 2017

إرسال تعليق