Tips suami teman isteri bersalin

SAAT melahirkan adalah satu saat yang mendebarkan bagi seorang wanita. Mendengar perkataan kontraksi sahaja sudah membuat ibu kecut perut.

Namun semua itu harus dilalui bagi seorang wanita yang mengimpikan seorang anak untuk mewarnai kehidupan berumahtangga.

Sakit melahirkan tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Ketika ini, seorang ibu amat memerlukan sokongan daripada suami.

Bagi suami yang berniat untuk menemani isteri di kamar bersalin, ada beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk melancarkan proses kelahiran.

Anda bukan sahaja diperlukan untuk memotong tali pusat, melaungkan azan apabila anak telah dilahirkan malah ada peranan yang lebih penting yang boleh anda lakukan.



Penglibatan anda dalam proses kelahiran secara tidak langsung akan memberikan impak yang positif kepada ibu dari segi mental dan fizikal.

Apa yang boleh anda lakukan di kamar bersalin ketika menemani isteri anda adalah:


1. Memberikan urutan

Ketika ibu menahan kesakitan kontraksi, sedikit urutan daripada anda boleh memberikan kelegaan kerana hormon endorfin dibebaskan ketika anda mengurut isteri anda.

Dia bukan saja mampu melegakan kesakitan, malah mengurangkan kebimbangan bagi ibu yang pertama mengalami proses melahirkan.

Ketika kontraksi, kebanyakan wanita mengalami kesakitan yang kuat di bahagian belakang badan.

Maka urutan di bahagian belakang sangat membantu.

Selain itu, urutan juga boleh dilakukan di bahagian kaki bermula dari buku lali ke jari kaki atau membuat lingkaran dengan ibu jari di seluruh tapak kaki.

Urutan pada kaki juga membantu memanaskan kaki yang sejuk.

Sedikit urutan tangan pasti memberi ketenangan dimana urutan boleh difokuskan di bahagian pergelangan tangan dan tapak tangan.


2. Teknik pernafasan

Ketika menahan sakit kontraksi, kebanyakan para ibu pasti lupa dengan teknik pernafasan yang telah diajarkan di kelas antenatal.

Sebagai orang yang paling rapat dengan isteri pada waktu itu, bantulah isteri dengan mengingatkannya tentang teknik pernafasan yang betul supaya kelahiran menjadi mudah dan lancar.

Teknik pernafasan yang betul juga boleh membantu mengurangkan kesakitan.


3. Makan dan minum

Apabila sakit kontraksi sedang dialami, kebanyakan para ibu hilang selera dan tidak mahu makan kerana kesakitan yang ditanggung.

Ketika inilah, anda perlu memainkan peranan menyediakan minuman dan makanan agar isteri anda mempunyai tenaga yang cukup untuk proses kelahiran.

Kebanyakan hospital rakan bayi membenarkan ibu mengambil minuman semasa di bilik bersalin bagi kelahiran berisiko rendah.

Suami boleh membantu isteri meminum air sedikit demi sedikit.

Tindakan ini sedikit sebanyak boleh membantu ibu melegakan kesakitan yang sedang dialami.


3. Bantuan kecemasan

Kebanyakan suami berasa kekok apabila berada di kamar bersalin.

Jangan khuatir dan cuba tenangkan diri kerana ketenangan anda yang diperlukan pada saat seperti ini.

Anda boleh membantu isteri menyediakan kelengkapan pakaian bayi dari beg hospital yang dibawa.

Sekurang-kurangnya ada sedikit sumbangan yang diberikan semasa isteri sedang bergelut dengan kesakitan.

Anda perlu bersiap sedia dengan segala macam kemungkinan dan bersedia untuk memberikan bantuan kecemasan jika diperlukan.

Paling penting, pastikan anda tidak takut pada darah.


4. Memberi kata-kata semangat

Waktu menunggu bukaan serviks, kesakitan demi kesakitan yang sangat hebat sedang isteri anda alami.

Apa yang dia perlukan pada waktu itu adalah kata-kata semangat daripada anda agar dia terus kuat untuk menahan kesakitan dan mampu mengharungi detik-detik mencabar itu dengan tenang.

Bagi Muslim, doa anda sebagai suami adalah satu yang sangat diperlukan oleh isteri anda.

Anda boleh membantu isteri anda mendapatkan ketenangan dengan berzikir dan membaca ayat-ayat suci al-quran di sisinya.

Jika boleh, teruskan menggenggam tangan isteri anda dan jangan lepaskan agar isteri anda terus merasa kuat dan merasa ada orang sedang berkongsi kesakitan dengannya.

Ketika isteri dalam proses melahirkan, jika boleh rangkul isteri dari sisi di katil semasa meneran jika dibenarkan pihak hospital.

Sambil itu, teruskan memberi sokongan agar ibu meneran dengan sehabis baik supaya si kecil mudah dilahirkan.


5. Aromaterapi

Jika isteri anda mendaftar bersalin di hospital swasta, pasang minyak pati aromaterapi di kamar bersalin isteri jika mendapat kebenaran pihak hospital.

Minyak pati aromaterapi sangat bagus untuk membantu menenangkan ibu yang bakal melahirkan.

Antara bauan yang disarankan adalah bau lavender atau ylang ylang yang amat terkenal dengan sifat menenangkan.

Kehadiran suami dalam kamar bersalin ketika isteri melahirkan adalah sesuatu yang sangat diharapkan oleh isteri.

Moga anda mampu menjadi suami yang sama-sama berkongsi saat-saat manis yang mendebarkan bersama isteri ketika zuriat anda dilahirkan ke dunia.— EdisiRakyat.com, 12 Jun 2017

1 تعليقات

  1. SEKEDAR INFO BOCORAN TOGEL
    JIKA ANDA BUTUH A'NGKA GHOIB/JITU
    SGP HK MALAYSIA ARAB SAUDI LAOS
    2D_3D_4D-5D-6D-7D DI JAMIN 100% TEMBUS...
    SAYA BUKTINYA SUDAH 5X JP
    DAN SAYA SUDAH BENER2 YAKIN DENGAN AKI RORO
    YANG TELAH MEMBERIKAN ANGKA RITUAL NYA
    BAGI ANDA YANG SUKA MAIN TOGEL
    & INGIN SEPERTI SAYA SILAHKAN GABUNG DENGAN AKI RORO
    SILAHKAN HUB DI NO: ((_082_336_642_456_))


    Sekian lama saya bermain togel baru kali ini saya
    benar-benar merasakan yang namanya kemenangan 4D
    dan alhamdulillah saya dpat Rp 250 juta dan semua ini
    berkat bantuan angka dari AKI RORO
    karena cuma Beliaulah yang memberikan angka
    ritual yg di jamin 100% tembus awal saya
    bergabung hanya memasang 100 ribu karna
    saya ngak terlalu percaya ternyatah benar-benar
    tembus dan kini saya ngak ragu-ragu lagi untuk memasang
    angka nya,,,,buat anda yg butuh angka yang di jamin tembus
    hubungi AKI RORO DI NO: ((_082_336_642_456_))
    insya allah beliu akan siap menbatu kesusahan anda
    ''kami sekeluarga tak lupa mengucapkan puji syukur kepada ALLAH S,W,T dan terima kasih banyak kepada AKI RORO

    ردحذف

إرسال تعليق

أحدث أقدم