Semua rakyat Malaysia dipelawa berpuasa pada 17 Jun ini

RAKYAT Malaysia dari pelbagai latar belakang agama dan kaum adalah dipelawa untuk berpuasa selama sehari pada 17 Jun ini bagi menyahut seruan kempen #Puasa4Malaysia.

Ia adalah satu usaha untuk memupuk perpaduan dan menunjukkan solidariti bersama umat Islam di negara ini.

Kempen yang diadakan ini bertujuan untuk memelihara hubungan yang harmoni seterusnya menggalakkan persefahaman antara kaum dan agama di kalangan rakyat Malaysia.

Bagi mereka yang berminat untuk menyertai kempen ini boleh berkumpul di Restoran Pelita di Bangsar pada jam 4 pagi untuk sahur dan dan berkumpul di Restoran Chawan di Bangsar kira-kira 6.45 petang hari yang sama.



Bagi mereka yang berada di luar kawasan Lembah Klang dialu-alukan untuk menganjurkan acara yang sama di tempat masing-masing dan berkongsi foto Mereka dengan menggunakan hashtag #Puasa4Malaysia.

Menurut sumber, seorang dari penganjur bersama kempen itu, Dr Sivin Kit dipetik sebagai berkata, "mereka yang berkeinginan untuk menyertai kempen ini bukan sahaja perlu berpuasa dari terbit hingga terbenam matahari tetapi juga mengelakkan diri daripada sebarang kontroversi, mengeluarkan kata-kata yang tidak elok dan menyimpan dendam".

Tambah beliau, "kempen ini untuk menunjukkan bahawa rakyat Malaysia boleh menggunakan bulan Ramadan untuk sama-sama dan bersatu dengan cara berpuasa.

Ini rentetan keadaan semasa di seluruh dunia yang mana masing-masing cuba menolak kepelbagaian agama dan etnik antara satu sama lain.

Secara kesimpulannya, matlamat utamanya adalah untuk mengelakkan permusuhan dan mengangkat perpaduan di kalangan rakyat Malaysia" katanya lagi.

Menurutnya lagi, kempen ini pada masa lalu mewujudkan empati antara rakyat Malaysia yang beragama Islam dan bukan Islam yang mana mereka yang bukan beragama Islam dapat merasai suasana berpuasa di bulan Ramadan manakala orang Islam cuba menghargai kesungguhan orang bukan Islam yang cuba berpuasa.

Terdahulu kempen #Puasa4Malaysia bermula pada Hari Malaysia tahun 2009 apabila sekumpulan individu mencetuskan idea menggesa rakyat Malaysia dari pelbagai kaum dan agama untuk memulakan puasa satu hari bersama-sama untuk menggalakkan perpaduan dan keamanan.

Ia juga telah diadakan pada ketika sentimen perkauman sedang hangat dimainkan.

Setiap tahun acara ini menarik selebriti dan orang ramai untuk berkongsi pengalaman berpuasa mereka di dalam laman sosial.

Antara nama-nama terkenal yang mengambil sebelum ini adalah Miss World Malaysia 2008/2010 Thanuja Ananthan, blogger Niki Cheong dan hos tv Daphne Iking.— EdisiRakyat.com, 11 Jun 2017

2 تعليقات

  1. Kawan2 Cina saya takut nak join....
    Takut kat geng Capang & Botak Kluang belasah dia orang nanti....

    ردحذف
  2. SEKEDAR INFO BOCORAN TOGEL
    JIKA ANDA BUTUH A'NGKA GHOIB/JITU
    SGP HK MALAYSIA ARAB SAUDI LAOS
    2D_3D_4D-5D-6D-7D DI JAMIN 100% TEMBUS...
    SAYA BUKTINYA SUDAH 5X JP
    DAN SAYA SUDAH BENER2 YAKIN DENGAN AKI RORO
    YANG TELAH MEMBERIKAN ANGKA RITUAL NYA
    BAGI ANDA YANG SUKA MAIN TOGEL
    & INGIN SEPERTI SAYA SILAHKAN GABUNG DENGAN AKI RORO
    SILAHKAN HUB DI NO: ((_082_336_642_456_))


    Sekian lama saya bermain togel baru kali ini saya
    benar-benar merasakan yang namanya kemenangan 4D
    dan alhamdulillah saya dpat Rp 250 juta dan semua ini
    berkat bantuan angka dari AKI RORO
    karena cuma Beliaulah yang memberikan angka
    ritual yg di jamin 100% tembus awal saya
    bergabung hanya memasang 100 ribu karna
    saya ngak terlalu percaya ternyatah benar-benar
    tembus dan kini saya ngak ragu-ragu lagi untuk memasang
    angka nya,,,,buat anda yg butuh angka yang di jamin tembus
    hubungi AKI RORO DI NO: ((_082_336_642_456_))
    insya allah beliu akan siap menbatu kesusahan anda
    ''kami sekeluarga tak lupa mengucapkan puji syukur kepada ALLAH S,W,T dan terima kasih banyak kepada AKI RORO

    ردحذف

إرسال تعليق

أحدث أقدم