TINGGAL beberapa hari saja lagi kita akan menyambut hari raya setelah sebulan menahan nafsu, lapar dan dahaga.
Alangkah baiknya jika hari raya disambut mengikut syariat Islam.
Terdapat pelbagai amalan baik yang boleh dilakukan untuk menyambut hari raya Aidilfitri sesuai dengan ajaran Rasulullah S.A W yang mana baginda telah menunjukkan contoh terbaik meraikan Aidilfitri.
Antara cara terbaik menyambut hari raya adalah:
1. Bertakbir
Melaungkan takbir adalah disyariatkan pada hari raya Aidilfitri yang mana waktu yang dibolehkan bertakbir adalah pada malam hari raya sehinggalah solat sunat hari raya.
Digalakkan untuk terus bertakbir di tempat yang sesuai asal saja tidak sampai membuat orang lain merasa terganggu.
2. Mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri dengan doa
Kebiasaannya kita akan mendengar saudara mara, rakan dan taulan mengucapkan "selamat hari raya, maaf zahir batin".
Tetapi ada ucapan yang lebih bertepatan dengan sunnah yang mana dilafazkan oleh para sahabat baginda yang berupa satu doa.
Lafaznya berbunyi,
'Taqaballahu Minna wa minkum'
Maksudnya: Semoga Allah menerima amalan kami dan amalan kamu.
Jadi, apa kata kita ubah sedikit cara pengucapan kita yang mana di samping mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir batin, kita panjatkan sama doa ini.
Moga-moga Allah mendengar doa kita dan menerima segala amal kebaikan kita dalam bulan Ramadan yang telah berlalu.
3. Melakukan Qiamullail
Sesuatu amalan yang baik adalah amalan yang walau sedikit tetapi dilakukan secara istiqomah.
Pastinya ramai orang mengambil kesempatan di bulan Ramadan untuk memperbanyakkan amalan seperti membaca Al-Quran, berzikir, bersedekah di samping melakukan Qiamullail yang mana setiap amalan dijanjikan pahala berlipat kali ganda.
Menjelang syawal, janganlah pula kita tinggalkan amalan-amalan ini, sebaliknya teruskan segala amalan baik ini dengan istiqamah untuk meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah.
4. Mandi sunat Aidilfitri
Sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri, anda disunatkan mandi, bersugi dan membersihkan diri.
Disunatkan memakai bau-bauan yang wangi bagi orang lelaki dengan bauan yang sederhana.
Janganlah anda mengabaikan kebersihan diri agar tidak mengganggu jemaah lain untuk melakukan ibadah dengan bauan anda yang tidak menyenangkan.
5. Makan sebelum solat Aidilfitri
Berpuasa pada hari raya pertama adalah haram.
Sesuai dengan amalan Rasulullah, baginda akan makan sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri.
Nabi Muhammad S.A.W akan makan beberapa biji tamar dalam bilangan yang ganjil sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri.
Bagi anda, jika tiada tamar, makanlah apa saja, asalkan baik dan dari sumber yang halal sebagai tanda mengikut sunah nabi.
6. Memakai pakaian yang baik
Pakailah pakaian yang terbaik pada pagi hari raya seperti yang disunatkan.
Imam Syafie pernah berkata, "Aku lebih menyukai seseorang memakai pakaian terbaik yang dimilikinya pada hari raya, hari Jumaat, di majlis perkahwinan dan pakailah wangi-wangian.
Kaum wanita juga disunatkan memakai pakaian yang terbaik tetapi janganlah tabarruj iaitu berlebihan sehingga menjadi zina mata dan fitnah.
7. Berjalan kaki ke tempat solat
Rasulullah S.A.W menuju ke tempat solat dengan berjalan kaki melalui jalan yang berbeza pergi dan balik.
Rasulullah melakukan amalan tersebut supaya baginda dapat bertemu dengan sahabat yang berbeza di sepanjang perjalanan.
Hikmah daripada perbuatan baginda ialah silaturrahim yang dicipta antara Baginda dan para sahabat semakin erat dan mereka dapat bertemu serta bersalam salaman sambil mengucapkan Selamat Hari Raya dan berdoa untuk satu sama lain.
8. Menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri
Solat sunat Aidilfitri boleh sahaja dilakukan di mana-mana sama ada secara berjemaah di masjid, surau ataupun di tempat-tempat yang dikhaskan untuk solat Hari Raya ataupun dilakukan secara bersendirian di rumah.
Rasulullah S.A.W ketika dahulu mengadakan solat sunat hari raya di kawasan lapang dan bukan di masjid.
Ini bagi membolehkan baginda berdakwah dalam apa jua keadaan dan menyampaikan ilmu melalui khutbah ke seluruh umat semasa mereka berkumpul termasuk wanita yang sedang haid.— EdisiRakyat.com, 16 Jun 2017

Post a Comment