Cara bersihkan kotoran air kencing guna garam dapur

JIKALAU anda seorang pencinta haiwan atau anak anda sedang belajar menggunakan tandas, pasti anda sentiasa dibelenggu masalah di mana haiwan anda kencing di atas sofa atau anak anda secara tidak sengaja membuang air kecil di atas permaidani rumah.

Usah khuatir kerana terdapat cara yang sangat mudah dengan bahan yang hanya boleh didapati dari dapur rumah anda.

Anda ingin ketahui caranya? Teruskan membaca.

Tips ini dikongsikan oleh seorang pengguna laman sosial yang mana pernah tinggal bersama sebuah keluarga yang membela seekor kucing.

Suatu hari, ketika melalui sebuah bilik di rumah tersebut dia melihat ada satu longgokan serbuk putih bertaburan di atas permaidani.



Apakah ia?

Rupa-rupanya ia adalah garam serbuk yang boleh dibeli di kedai-kedai runcit dengan harga yang sangat murah yang mana garam itu ditabur pada permaidani yang telah terkena air kencing kucing tersebut.

Apakah fungsi garam itu?

Garam tersebut berperanan untuk menyerap air dari bahagian yang terkena air kencing.

Apabila sudah kering, serbuk garam itu bolehlah dibersihkan dengan  menggunakan penyedut hampagas.(vakum)

Tips ini juga boleh diaplikasikan pada sofa dan perabot lain yang terkena air kencing. Secara ringkas, cara-caranya adalah:

1.Taburkan selonggok garam pada tempat yang dicemari air kencing.

2. Biarkan lebih kurang 1-2 jam untuk memastikan ia benar-benar kering.( Bergantung kepada kuantiti air kencing)

3. Bersihkan serbuk garam tadi menggunakan penyedut hampagas.

4. Ulang langkah 1-3 jika tempat yang dicemari masih basah.

5. Lap bahagian tadi sekali lagi dengan menggunakan cecair pembersih yang wangi.



Anda boleh saja mengelap air kencing tersebut sebelum menabur garam tapi dikhuatiri air kencing tu menyerap lebih dalam.

Pastikan anda menggunakan garam yang banyak dibahagian yang dicemari untuk kesan yang lebih efektif.

Anda boleh menjadikan kerja pembersihan ini lebih menarik dengan mengajak anak anda turut serta ketika kerja-kerja pemversihan dilakukan . Ia secara tidak langsung boleh mendedahkan anak anda kepada ilmu berkaitan osmosis. Selamat mencuba!— EdisiRakyat.com, 7 Jun 2017

Post a Comment

أحدث أقدم