Cara berjimat sebelum dan ketika melancong

MELANCONG adalah sesuatu aktiviti yang menyeronokkan dan disukai tetapi tidak semua orang mampu pergi melancong.

Kos hidup yang tinggi dan kesibukan untuk memenuhi tuntutan hidup membuatkan aktiviti melancong menjadi sesuatu perkara yang jarang-jarang dilakukan.

Jika wang yang menjadi penghalang untuk anda bercuti, apa kata anda cuba beberapa cara ini untuk membolehkan anda melancong tanpa mengeluarkan belanja yang banyak.


1. Gunakan perkhidmatan yang menawarkan perkongsian

Menggunakan perkhidmatan yang boleh dikongsi membuatkan anda dapat berjimat banyak.

Kini terdapat pelbagai tawaran di laman sosial yang menawarkan tawaran hebat perkongsian pengangkutan, makanan, tempat tinggal dan sebagainya.

Contohnya, bilik 'backpackers' yang boleh memuatkan ramai orang dengan harga yang murah.



2. Mencari peluang untuk menginap secara percuma

Jika anda ingin bercuti ke suatu tempat dan mempunyai sahabat handai di sana, qpa kata anda cuba menginap di rumah mereka.

Selain itu anda boleh mencari peluang menginap secara percuma dengan mencari tuan rumah yang menawarkan tempat tinggal sebagai pertukaran bagi anda melakukan kerja untuk mereka.

Ini pastinya menjadi suatu aktiviti yang menarik kerana selain mendapat tempat tinggal secara percuma, anda juga dapat bergaul dengan masyarakat setempat dan mengenali budaya mereka.


3. Penerbangan tambang murah

Anda boleh menggunakan perkhidmatan syarikat penerbangan yang menawarkan tambang murah dan sesuai dengan bajet anda.

Rancang perjalanan dari awal agar anda dapat membeli tiket penerbangan yang murah ke destinasi yang anda pilih.

Anda boleh melayari laman web tertentu yang memaparkan harga tiket semasa dan tarikh ke hadapan di laman sosial yang boleh anda pilih contohnya laman Airpaz.



Tidak rugi anda menaiki kapal terbang dengan tambang murah asalkan anda sampai ke destinasi.


4. Gunakan nilai mata terkumpul

Sesetengah kad kredit mahupun program pelanggan setia menawarkan nilai mata yang boleh dikumpulkan.

Anda boleh manfaatkan mata terkumpul itu dengan menebus tiket penerbangan secara murah.

Dengan cara ini kadangkala anda mampu mendapatkan tiket penerbangan secara percuma.


5. Lawati negara murah

Jika anda mengimpikan percutian bajet dan mahu berjimat, elakkan melancong ke negara maju dengan nilai matawang yang tinggi seperti Paris dan Perancis yang memerlukan anda mengeluarkan kos yang tinggi.

Anda boleh menggunakan peluang untuk melancong ke negara yang menmpunyai nilai mata wang lebih rendah daripada Malaysia contohnya Indonesia.

Terdapat banyak tempat yang boleh dilawati di Indonesia yang mempunyai keunikan tersendiri contohnya Lombok.

Tanjung Aan, Lombok

6. Beli kad untuk pelancong

Melancong di bandar besar boleh menjadi murah jika anda bijak mengatur strategi.

Anda boleh membantu merancang kewangan anda dengan membeli kad pelancongan.

Dengan membeli kad ini, anda boleh melawat banyak tempat menarik dengan membayar satu kali harga yang telah ditetapkan.

Paling menyeronokkan ialah anda boleh mendapatkan kad ini di pejabat pelancongan tempatan.

Dengan adanya kad ini, kadangkala anda akan ditawar menggunakan pengangkutan awam secara percuma.


7. Berhenti membayar yuran bank

Tahukah anda bahawa bank tempatan ada menawarkan kad kredit bebas yuran?

Jika anda belum memiliki kad kredit bebas yuran, datanglah ke bank berdekatan dan tanyakan mengenainya.

Dengan mendapatkan kad kredit dan kad debit bebas yuran ini, kini anda tidak mempunyai alasan untuk berbelanja lebih di luar negara.


8. Gunakan aplikasi menempah tiket penerbangan dan hotel pada saat-saat akhir

Kini terdapat beberapa aplikasi yang ditawarkan di laman sosial yang mana membantu anda membuat pilihan bijak ketika merancang percutian di saat-saat akhir.

Apabila ingin ke sesuatu destinasi pelancongan yang mana tidak dirancang dari awal, anda boleh melayari aplikasi ini untuk membantu anda menempah tiket dan memberitahu berapa nilai yang perlu anda bayar.

Contoh laman web yang boleh dilawati adalah booking.com, Trivago dan juga Agoda.

Pilihlah secara bijak mengikut bajet anda.


9. Tempah pakej menaiki kapal pelayaran dan trip kumpulan melancong yang murah

Ia agak berisiko tinggi tetapi mungkin anda boleh cuba.

Anda boleh cuba mencari pakej kumpulan melancong pada saat-saat akhir yang mana kadangkala syarikat pelancongan ini terdesak untuk mengisi tempat yang tidak dijual dan menawarkan harga yang murah.


10. Buat trip pandu sendiri

Melancong tidak semestinya perlu ke luar negara.

Untuk merasai pengalaman bercuti yang hebat, anda juga boleh melancong di dalam negara yang mana tidak dinafikan terdapat banyak tempat yang menarik yang boleh dilawati di dalam Malaysia.

Ia sangat menjimatkan terutamanya jika anda memandu sendiri ke tempat-tempat menarik dan menyediakan kelengkapan perkhemahan dan memasak segera.

Anda boleh merancang perjalanan selama beberapa hari untuk menjelajah ke tempat pelancongan seluruh negeri dalam Malaysia.

Ia bukan sesuatu yang mustahil jika anda ada kemahuan.— EdisiRakyat.com, 12 Jun 2017

1 تعليقات

  1. SEKEDAR INFO BOCORAN TOGEL
    JIKA ANDA BUTUH A'NGKA GHOIB/JITU
    SGP HK MALAYSIA ARAB SAUDI LAOS
    2D_3D_4D-5D-6D-7D DI JAMIN 100% TEMBUS...
    SAYA BUKTINYA SUDAH 5X JP
    DAN SAYA SUDAH BENER2 YAKIN DENGAN AKI RORO
    YANG TELAH MEMBERIKAN ANGKA RITUAL NYA
    BAGI ANDA YANG SUKA MAIN TOGEL
    & INGIN SEPERTI SAYA SILAHKAN GABUNG DENGAN AKI RORO
    SILAHKAN HUB DI NO: ((_082_336_642_456_))


    Sekian lama saya bermain togel baru kali ini saya
    benar-benar merasakan yang namanya kemenangan 4D
    dan alhamdulillah saya dpat Rp 250 juta dan semua ini
    berkat bantuan angka dari AKI RORO
    karena cuma Beliaulah yang memberikan angka
    ritual yg di jamin 100% tembus awal saya
    bergabung hanya memasang 100 ribu karna
    saya ngak terlalu percaya ternyatah benar-benar
    tembus dan kini saya ngak ragu-ragu lagi untuk memasang
    angka nya,,,,buat anda yg butuh angka yang di jamin tembus
    hubungi AKI RORO DI NO: ((_082_336_642_456_))
    insya allah beliu akan siap menbatu kesusahan anda
    ''kami sekeluarga tak lupa mengucapkan puji syukur kepada ALLAH S,W,T dan terima kasih banyak kepada AKI RORO

    ردحذف

إرسال تعليق

أحدث أقدم