SATU video tular di laman sosial semalam dimana seorang lelaki yang dikatakan warga Filipina menjadikan seorang wanita tebusan dengan mengheretnya sejauh 2 kilometer untuk mengelak dari ditangkap.
Menurut Timbalan ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Supritendan George Abd Rahman ketika ditemubual sumber The Star dipetik sebagai berkata, lelaki itu telah memecah masuk sebuah rumah di Taman Istimewa pada kira-kira jam7.30 malam dan disedari oleh penghuni rumah menyebabkan suspek cuba melarikan diri dengan membawa sebilah pisau dapur yang diambil dari rumah berkenaan.
Ketika dalam percubaan melarikan diri, suspek terserempak dengan wanita berusia 24 tahun itu di sebuah rumah di Harrington Road berdekatan restoran dan memaksa wanita itu mengikutnya dengan mengacukan pisau di leher wanita berkenaan dan memaksanya berjalan di sepanjang lorong di taman itu sebelum memasuki jalan utama Luyang.
Polis yang menerima laporan tentang kejadian itu segera ke tempat kejadian dan apabila suspek tiba di Jalan Damai bersama tebusan, polis telah pun mengepung kedua-dua hujung jalan berkenaan dan menutup sebahagian jalan untuk orang awam.
Suspek yang berusia 27 tahun itu beberapa kali mengugut ingin menoreh leher wanita berkenaan dan kelihatan beberapa kali menolak wanita berkenaan ke tanah untuk membuat dia berlutut.
Sumber video: Aidil Firdaus Hamza
Pada jam 9.20 malam, suspek yang hanya berseluar tanpa baju itu kelihatan duduk di atas jalan dengan pisau masih di leher wanita berkenaan yang mana kelihatan wanita itu memegang telefon bimbit ditangannya dan masih cuba dipujuk oleh polis dan pasukan penyelamat.
Selepas percubaan untuk memujuk gagal, beberapa orang pegawai polis menyamar sebagai kakitangan perubatan cuba menghampiri suspek dan meminta untuk merawat wanita itu.
Suspek membenarkan pegawai itu mendekatinya dan polis dengan pantas menyelamatkan wanita berkenaan dan menangkap lelaki itu.
Wanita itu tidak mengalami apa-apa kecederaan tetapi mengalami trauma yang teruk akibat kejadian itu dan telah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk menerima rawatan.— EdisiRakyat.com, 11 Mei 2017

Post a Comment