Wanita tuang air Cola di mesin ATM untuk dapatkan kembali wang ditipu 'phone scam'

SEORANG wanita ditahan kerana menuang minuman ringan ke dalam mesin ATM kerana diarahkan oleh penipu yang membuat panggilan melalui telefon di selatan China.

Menurut laporan Chongqing Morning Post, wanita itu yang berusia 33 tahun yang identitinya tidak diketahui, berasal dari Guangxi Selatan China kehilangan 5000 yuan (RM 3,147) melalui penipuan 'phone scam' November lalu.

Kejadian berlaku apabila dia menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang berpura-pura sebagai seorang pegawai polis dari Beijing yang menyatakan bahawa data peribadinya telah bocor dan mengarahkannya untuk memindahkan wang dari akaun bank yang ditetapkan supaya wang itu berada dalam keadaan selamat dan pegawai itu boleh melindungi data peribadinya.



Keesokan harinya dia menelefon pegawai itu sekali lagi untuk menanyakan bagaimana dia mahu mendapatkan wangnya kembali.

Pegawai itu menyatakan bahawa dia perlu menuang minuman Cola ke dalam mesin ATM untuk mendapatkan wangnya semula.

Dia menyedari bahawa dia telah ditipu apabila tiada apa-apa wang yang keluar daripada mesin Itu selepas dia melakukan perbuatan itu.

Dia kemudian meminta bantuan pegawai polis trafik yang berada berdekatan kawasan itu.

Malangnya sebulan kemudian dia ditangkap kerana perbuatan itu adalah salah dibawa akta vandalisme dan secara tidak langsung menyebabkan kerugian sebanyak 60,000 yuan kepada pihak bank kerana menyebabkan kerosakan mesin ATM itu.

Kes ini masih berada dibawah siasatan polis dan mereka masih mempertimbangkan hukuman apa yang patut diberikan kepada wanita itu.— EdisiRakyat.com, 10 Mei 2017

Post a Comment

أحدث أقدم