TULAR satu perkongsian yang dimuat naik oleh seorang wanita yang bernama Anyss di laman Facebooknya di mana dia berasa sangat kesal dan terkilan kerana terpaksa membayar RM400.36 untuk petai papan yang tidak dibelinya.
Ketika itu Anyss membeli belah di Giant di mana barangnya tidak sampai satu troli dan dia hanya membeli barang dapur yang bersaiz kecil dan tiada barang yang besar.
Dia hanya menyediakan bajet RM450 untuk barang beliannya dan membawa wang tunai RM500.
Ketika berada di kaunter pembayaran Anis berasa terperanjat apabila nilai yang perlu dibayar adalah RM808.60 membuatkan dia terus bertanya kepada juruwang di kaunter tersebut sama ada dia mengira dengan betul ataupun tidak tetapi dijawab dengan agak sinis "Bukan saya kira kak, mesin yang kira".
"Amboi boleh tahan budak ni kalau aku check sat gi hang salah kira memang makan tak habis hang. Biadap sungguh!" getus hati Anyss.
Anyss berpendapat juruwang itu mempunyai mata dan otak. Sambil mengimbas bar code disitu, mata juruwang perlu melihat sama ada harga yang tertera sama dengan harga yang diimbas. Jika terdapat perbezaan yang sangat banyak dan nampak tidak masuk akal, juruwang patut menghentikan pengiraan dan memanggil orang yang lebih arif.
Walaupun berasa tidak puas hati Anyss tetap memberikan kad debit nya kerana tidak membawa wang tunai yang cukup.
Sejurus kemudian, kelihatan juruwang itu sedikit serba salah dan memberitahu Anyss jika dia merasakan ada kesilapan dalam pengiraan, Anyss boleh ke kaunter khidmat pelanggan supaya resitnya boleh disemak semula.
Selepas selesai dengan urusan pembayaran, Anyss terus bergerak dan berhenti di tepi sambil melihat pada resit tersebut.
Anis berasa begitu terperanjat apabila melihat perkataan "petai papan" yang bernilai RM400.36 tertera di resit pembeliannya yang mana dia langsung tidak ada membeli sebarang jenis petai.
Beliau terus bergerak ke kaunter khidmat pelanggan dan meminta mereka menyemak kembali resit tersebut.
Apabila semakan dibuat ternyata berlaku kesilapan dalam bil tetapi malangnya mereka hanya akan memulangkan semula wang tersebut 1- 2 minggu ke dalam akaun kerana Anyss menggunakan kad debit.
Ini membuatkan Anyss benar-benar terkilan kerana merasakan perkara ini sangat tidak patut kerana kesilapan itu adalah kesilapan dari pihak pusat beli-belah tetapi dia perlu menunggu tempoh yang lama untuk mendapatkan semula wangnya.
Dia mempersoalkan bagaimana jika perkara itu terjadi kepada mereka yang terdesak yang memerlukan wang untuk sebarang urusan kecemasan, untuk belanja puasa dan perkara penting yang lain.
Baginya wang RM 400 itu bukannya sikit, bukan seperti RM4 dan berasa sangat marah kerana merasakan mereka mengambil mudah perkara itu.
Ketika berada di kaunter khidmat pelanggan, dia sempat bertemu dengan seorang "kakak" yang mengalami masalah yang sama di mana mereka silap memasukkan amaun harga menyebabkan "kakak" tersebut kerugian RM5.
"Kakak" itu menyatakan bahawa ketika dia melihat harga barang yang ingin dibelinya, harga yang tertera berharga RM8.90, tetapi di resit tertera harga RM13.90.
"Kakak" itu menyatakan bahawa dia merasa sangat geram walaupun kesilapan nilai pengiraan itu adalah kecil sebanyak RM5, inikan pula bagi Anyss yang kerugian RM400.
Anyss menasihatkan orang ramai agar berhati-hati ketika membeli-belah lebih-lebih lagi semasa promosi kerana harga di rak lain dan bila diimbas di kaunter anda perlu membayar pada harga yang lain.
Beliau juga menasihatkan pembeli lain agar memeriksa semula resit setelah membeli belah jika merasakan pembelian anda tidak setara dengan bayaran kerana kesilapan seperti ini kerap berlaku dan pernah tular sebelum ini. — EdisiRakyat.com, 22 Mei 2017
Sumber: Anyss Mohd Auranyss
Sumber: Anyss Mohd Auranyss
Kalau membeli belah kat giant mmg kena hati2 terutama brg promosi kekadang tu harga pamer tak sama harga pada mesin.ramai terkena.ansyy pun satu kalau hg dah tak masuk akal tengok la sepintas lalu.tentu tak perlu bayar dan terpaksa tunggu lama dapatkan pulangan.
ReplyDeleteKalau kangkung turun tak puji kerajaan, kalau petai naik marah kerajaan...
ReplyDeletePost a Comment