Tun Dr Mahathir Mohamad semalam meluahkan kesedihan ke atas pengambilalihan 49.9% kepentingan dalam Proton oleh pembuat kereta China Zheijiang Geely Automotive Co Ltd dari DRB-Hicom.
Menerusi laman blog beliau, chedet.cc, bekas pengerusi Proton Holdings itu berkata pengambilalihan itu membuatkan dia merasa 'kehilangan anak' yang mana, Proton telah ditubuhkan oleh Tun Mahathir pada tahun 1983 semasa beliau menjadi Perdana Menteri.
Luahan rasa berbaur sindiran dan terselit beribu kekecewaan yang dipetik dalam laman blognya berbunyi:
"Proton telah dijual. Ia telah dijual kepada orang asing. Mereka kata Proton adalah idea saya. Kini 'anak' hasil idea saya telah dijual.
Ya. Saya sedih. Saya boleh menangis. Tetapi perkara itu sudah terjadi. Proton bukan lagi milik negara. Tiada kereta nasional sekarang. Kita rakyat Malaysia gembira untuk menyingkirkan kereta yang menjengkelkan ini.
Saya yakin Proton akan berjaya. Ia akan menjadi satu kejayaan komersial. Ia akan dijual di seluruh dunia. Nama Proton akan ada di mana-mana.
Ia akan menjadi seperti Singapura. Rakyat Malaysia berbangga dengan bandar besar ini jika ia tidak dijual, ia mungkin akan membangun seperti Kuala Kedah atau Kuala Perlis. Namun kita tidak boleh berbangga dengan Singapura.
Dengan wang dan teknologi yang unggul, Proton akan dapat bersaing dengan Rolls Royce dan Bentley.
Bagaimanapun, saya tidak dapat berbangga dengan Proton kerana ia bukan milik saya atau negara saya lagi. Mungkin rakyat Malaysia yang lain akan merasa bangga tetapi tidak saya.
Kalau difikirkan, jika negara kita dijual kepada orang lain, kepada orang-orang yang sangat kaya dari negara-negara lain, saya pasti negara kita akan menjadi maju juga. Ia akan menjadi sangat maju melebihi jangkaan Wawasan 2020.
Ia akan menjadi sebuah negara yang hebat dengan lebuh raya super, kereta api berkelajuan tinggi (HSR), bangunan pencakar langit, bandar-bandar baru yang bekerlipan, indah dan berlampu. Tetapi saya tidak boleh merasa bangga! Bolehkah saya berbangga kerana dapat hidup di pinggir negara yang hebat ini yang dibangunkan oleh pembeli?
Saya akan mati tidak lama lagi. Umur saya sudah melebihi umur purata manusia biasa hidup. Ini mungkin tahun akhir hayat saya, mungkin tinggal beberapa bulan atau mungkin beberapa hari. Saya akan melihat negara tercinta dijual kepada warga asing untuk menyelesaikan hutang negara yang bernilai trilion ringgit.
Kita akan perlu menjual lebih banyak dan banyak lagi dari negara kita.
Apakah aset kita? Sudah tentu tanah kita! Itulah yang sudah kita lakukan sebelum ini. Kita jual banyak tanah-tanah negara kita. Kita kehilangan tanah yang kita jual. Itulah juga yang kita lakukan sekarang dan itulah yang terpaksa kita buat atau negara kita akan tergadai seperti tergadainya Proton.
Proton 'anak' hasil buah fikiran saya telah terjual. Ia adalah permulaan penjualan besar-besaran . Proses ini tidak akan dapat disekat.
Tiada cara lain yang boleh kita gunakan untuk mendapat wang berbilion-bilion untuk membayar hutang kita. Satu-satunya cara adalah dengan menjual aset kita. Dan akhirnya kita akan kehilangan negara ini, sebuah negara yang hebat tidak syak lagi, tetapi dimiliki oleh orang lain.
"Saya memang lembik. Saya menangis walaupun rakyat Malaysia tidak menitiskan air mata. 'Anak' saya hilang. Tidak lama lagi, negara saya. Maafkan saya." Luahnya.
Proton menerima RM1.5 bilion bantuan kerajaan pada tahun lepas dengan syarat bahawa ia meneruskan pelan pemulihan dan mendapatkan rakan kongsi asing.
DRB-Hicom pada hari Rabu lalu dilaporkan telah mencapai persetujuan untuk menjual kepentingannya. Kedua-dua pihak dijangkakan menandatangani perjanjian pada bulan Julai 2017 ini.— EdisiRakyat.com, 26 Mei 2017
Menerusi laman blog beliau, chedet.cc, bekas pengerusi Proton Holdings itu berkata pengambilalihan itu membuatkan dia merasa 'kehilangan anak' yang mana, Proton telah ditubuhkan oleh Tun Mahathir pada tahun 1983 semasa beliau menjadi Perdana Menteri.
Luahan rasa berbaur sindiran dan terselit beribu kekecewaan yang dipetik dalam laman blognya berbunyi:
"Proton telah dijual. Ia telah dijual kepada orang asing. Mereka kata Proton adalah idea saya. Kini 'anak' hasil idea saya telah dijual.
Saya yakin Proton akan berjaya. Ia akan menjadi satu kejayaan komersial. Ia akan dijual di seluruh dunia. Nama Proton akan ada di mana-mana.
Ia akan menjadi seperti Singapura. Rakyat Malaysia berbangga dengan bandar besar ini jika ia tidak dijual, ia mungkin akan membangun seperti Kuala Kedah atau Kuala Perlis. Namun kita tidak boleh berbangga dengan Singapura.
Dengan wang dan teknologi yang unggul, Proton akan dapat bersaing dengan Rolls Royce dan Bentley.
Bagaimanapun, saya tidak dapat berbangga dengan Proton kerana ia bukan milik saya atau negara saya lagi. Mungkin rakyat Malaysia yang lain akan merasa bangga tetapi tidak saya.
Kalau difikirkan, jika negara kita dijual kepada orang lain, kepada orang-orang yang sangat kaya dari negara-negara lain, saya pasti negara kita akan menjadi maju juga. Ia akan menjadi sangat maju melebihi jangkaan Wawasan 2020.
Ia akan menjadi sebuah negara yang hebat dengan lebuh raya super, kereta api berkelajuan tinggi (HSR), bangunan pencakar langit, bandar-bandar baru yang bekerlipan, indah dan berlampu. Tetapi saya tidak boleh merasa bangga! Bolehkah saya berbangga kerana dapat hidup di pinggir negara yang hebat ini yang dibangunkan oleh pembeli?
Kita akan perlu menjual lebih banyak dan banyak lagi dari negara kita.
Apakah aset kita? Sudah tentu tanah kita! Itulah yang sudah kita lakukan sebelum ini. Kita jual banyak tanah-tanah negara kita. Kita kehilangan tanah yang kita jual. Itulah juga yang kita lakukan sekarang dan itulah yang terpaksa kita buat atau negara kita akan tergadai seperti tergadainya Proton.
Proton 'anak' hasil buah fikiran saya telah terjual. Ia adalah permulaan penjualan besar-besaran . Proses ini tidak akan dapat disekat.
Tiada cara lain yang boleh kita gunakan untuk mendapat wang berbilion-bilion untuk membayar hutang kita. Satu-satunya cara adalah dengan menjual aset kita. Dan akhirnya kita akan kehilangan negara ini, sebuah negara yang hebat tidak syak lagi, tetapi dimiliki oleh orang lain.
"Saya memang lembik. Saya menangis walaupun rakyat Malaysia tidak menitiskan air mata. 'Anak' saya hilang. Tidak lama lagi, negara saya. Maafkan saya." Luahnya.
Proton menerima RM1.5 bilion bantuan kerajaan pada tahun lepas dengan syarat bahawa ia meneruskan pelan pemulihan dan mendapatkan rakan kongsi asing.
DRB-Hicom pada hari Rabu lalu dilaporkan telah mencapai persetujuan untuk menjual kepentingannya. Kedua-dua pihak dijangkakan menandatangani perjanjian pada bulan Julai 2017 ini.— EdisiRakyat.com, 26 Mei 2017
OH..tUN
ReplyDeleteyOU Are the best!
Post a Comment