SKMM intip pengguna WhatsApp? Ini jawapan menteri

MENTERI Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak dilaporkan memberi respon terhadap dakwaan yang mengatakan bahawa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, (SKMM) mengintip kandungan yang dikirim oleh pengguna melalui aplikasi WhatsApp.

Menurutnya, SKMM hanyalah sebuah badan berkuasa dan ia tidak memantau ataupun mengintip mesej-mesej yang dihantar oleh pengguna melalui platform aplikasi WhatsApp.

Salleh turut menasihatkan orang ramai agar tidak menyalahgunakan aplikasi tersebut kerana mereka tertakluk di bawah undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan.





"Walaupun kita ada kebebasan bersuara dan menulis, namun kita tidak ada kebebasan untuk menyebarkan dakwaan dan khabar angin yang boleh menggugat kestabilan negara dan akhirnya menghancurkannya," 

"SKMM hanyalah sebuah pihak berkuasa manakala sebahagian pihak berkuasa lain yang akan mengambil tindakan sewajarnya apabila seseorang itu mengirimkan dakwaan dan tuduhan liar di media sosial," katanya. — EdisiRakyat.com, 5 Mei 2017

Post a Comment

أحدث أقدم