SUASANA gembira empat sahabat bermandi manda bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka lemas kerana dihanyutkan oleh arus deras ketika mandi di sungai Kampung Bil di Slim River kira-kira jam 6 petang Rabu lalu.
Ketika kejadian, mereka secara berkumpulan datang ke kawasan itu untuk berkelah bersama teman-teman lain.
Empat dari mereka mandi di sungai itu sebelum tiba-tiba air sungai itu bertukar deras menyebabkan kesemua mereka cuba menyelamatkan diri sebelum mangsa, Aidil Akasah Mohd Yusof terkandas ditengah arus dan cuba di selamatkan rakan yang lain.
Melalui rakaman video yang tular di laman sosial, kelihatan percubaan mereka gagal dan mangsa terus dihanyutkan air deras dan gagal ditemui.
Sumber Video: Aidil Firdaus Hamza
Pasukan penyelamat yang menerima laporan bergegas ke tempat kejadian untuk melakukan operasi mencari dan menyelamat diketuai Pegawai Bomba Kanan(PBK) 1, Zaini Salleh.
Mangsa ditemui oleh pasukan penyelamat kira-kira 200 meter dari lokasi dia dihanyutkan lebih kurang jam 9.00 malam.
Sepasukan petugas perubatan yang turut berada ditempat kejadian mengesahkan mangsa sudah meninggal ketika ditemui.
Jurucakap Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri Perak ketika ditemubual dipetik sebagai berkata, anggota bomba terpaksa menggunakan tali untuk menaikkan mayat mangsa ke tebing sungai sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Slim River untuk tindakan susulan.— EdisiRakyat.com, 12 Mei 2017

إرسال تعليق