SAYU hati apabila membaca perkongsian anak kepada seorang lelaki tua yang berhati mulia. Semasa hayatnya lelaki tua itu diceritakan menjaga kucingnya bagai menatang minyak yang penuh sehingga pemergiannya memberi tamparan hebat kepada kucing kesayangannya itu.
Kucing yang mesra dipanggil sebagai 'abang' itu tidak mahu makan sejak kematian tuannya dua minggu lalu sehingga sifatnya yang periang telah bertukar murung dan sosok tubuhnya yang gebu dan gemuk menjadi kurus.
Ia mula diam membisu dan kelihatan hilang semangat meneruskan hidup akibat rindu yang tidak terbendung.
Selama bersama bapa kepada si anak yang berkongsi cerita, kucing itu menjadi peneman arwah ayahnya beribadah dan menjalani kehidupan harian.
Azreen MJ atau nama panggilannya Cik Boy memuat saat-saat akhir sebelum kematian 'abang' yang begitu menyentuh hati.
Status yang dimuat naik berbunyi,
9 Mei 2017, ketika aku solat maghrib bersama isteri tersayang, aku membaca surah lazim iaitu ayat Qursi seperti mana selalu arwah ayahku amalkan.
Dengan langkah longlai dan tidak bermaya, dia menghampiriku.
Aku tidak mampu menahan sebak, airmataku menitis ketika solat. Ternyata ia amat merindui suara tuannya. Seusai solat, aku bertanya kepadanya, "abang rindu atok ya, abang rindu suara atokkan? Esok cik boy bawa pergi jumpa atok kat kubur ya".
Hampir dua minggu ia diam. Dengan kuasa Allah abang pun bersuara meow dua kali". Air mata aku usah cakap, bercucuran jatuh.
Pada 10 Mei semalam, kakak dan aku bawa ia ke kubur sahabatnya, iaitu ayahanda ku. Satu keajaiban dalam hidupku, ia berjalan dengan begitu bertenaga menuju sendiri ke pusara sahabatnya.
Ya Allah, sungguh menakjubkan kuasa Allah, walhal bukan dia tahu tu kubur tuannya, tapi mungkin ia dapat merasa itulah pusara sahabat baiknya.
Cinta mereka berdua amat kuat. Abang siap baring dan mencium puara sahabatnya. Lama juga dia melepaskan rindu. Nampak gembira dari air mukanya. Allahurobbi.
Tapi kuasa Allah menentukan qada dan qadar. Malam tadi 10 Mei 2017, abang kembali menghadap penciptanya.
Pada hari Rabu, hari yang sama sahabatnya meninggal, dan genap dua minggu tarikh arwah sahabatnya meninggal, abang pun "pergi".
Aku dapat melihat airmata abang meleleh membasahi alur hidungnya. Kini kucing yang berkongsi makan bersama, bersembang bersama dengan tuannya, dan menemani tuannya bersolat dan berwirid telah tiada.
Mungkin ini janji mereka berdua yang Allah makbulkan. Tenanglah kau disana Abang bersama atok.
Nanti dekat "sana", abang cakap dengan Allah, atok jaga abang dan sayang adik-adik abang. Pimpin tangan atok masuk syurga ya abang'.
Akhirnya, selepas dua minggu menanggung rindu yang begitu menyesakkan dada, "Abang" turut menurut jejak tuannya pulang kepada sang pencipta.
Sesungguhnya, kasih sayang yang ikhlas memberikan kesan yang begitu mendalam sehingga mewujudkan satu ikatan batin yang sukar diungkapkan dengan kata-kata.
Buat arwah ayah Azreen MJ, didoakan semoga roh ayah saudara dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Al fatihah.— EdisiRakyat.com, 12 Mei 2017
Sumber: Azreen MJ
Kucing yang mesra dipanggil sebagai 'abang' itu tidak mahu makan sejak kematian tuannya dua minggu lalu sehingga sifatnya yang periang telah bertukar murung dan sosok tubuhnya yang gebu dan gemuk menjadi kurus.
Ia mula diam membisu dan kelihatan hilang semangat meneruskan hidup akibat rindu yang tidak terbendung.
"abang" tidak mahu makan dan minum |
Selama bersama bapa kepada si anak yang berkongsi cerita, kucing itu menjadi peneman arwah ayahnya beribadah dan menjalani kehidupan harian.
Azreen MJ atau nama panggilannya Cik Boy memuat saat-saat akhir sebelum kematian 'abang' yang begitu menyentuh hati.
Status yang dimuat naik berbunyi,
9 Mei 2017, ketika aku solat maghrib bersama isteri tersayang, aku membaca surah lazim iaitu ayat Qursi seperti mana selalu arwah ayahku amalkan.
Dengan langkah longlai dan tidak bermaya, dia menghampiriku.
Aku tidak mampu menahan sebak, airmataku menitis ketika solat. Ternyata ia amat merindui suara tuannya. Seusai solat, aku bertanya kepadanya, "abang rindu atok ya, abang rindu suara atokkan? Esok cik boy bawa pergi jumpa atok kat kubur ya".
Hampir dua minggu ia diam. Dengan kuasa Allah abang pun bersuara meow dua kali". Air mata aku usah cakap, bercucuran jatuh.
Pada 10 Mei semalam, kakak dan aku bawa ia ke kubur sahabatnya, iaitu ayahanda ku. Satu keajaiban dalam hidupku, ia berjalan dengan begitu bertenaga menuju sendiri ke pusara sahabatnya.
Ya Allah, sungguh menakjubkan kuasa Allah, walhal bukan dia tahu tu kubur tuannya, tapi mungkin ia dapat merasa itulah pusara sahabat baiknya.
Cinta mereka berdua amat kuat. Abang siap baring dan mencium puara sahabatnya. Lama juga dia melepaskan rindu. Nampak gembira dari air mukanya. Allahurobbi.
"abang" melepaskan rindu di pusara tuannya |
Tapi kuasa Allah menentukan qada dan qadar. Malam tadi 10 Mei 2017, abang kembali menghadap penciptanya.
Pada hari Rabu, hari yang sama sahabatnya meninggal, dan genap dua minggu tarikh arwah sahabatnya meninggal, abang pun "pergi".
Aku dapat melihat airmata abang meleleh membasahi alur hidungnya. Kini kucing yang berkongsi makan bersama, bersembang bersama dengan tuannya, dan menemani tuannya bersolat dan berwirid telah tiada.
Mungkin ini janji mereka berdua yang Allah makbulkan. Tenanglah kau disana Abang bersama atok.
Nanti dekat "sana", abang cakap dengan Allah, atok jaga abang dan sayang adik-adik abang. Pimpin tangan atok masuk syurga ya abang'.
Akhirnya, selepas dua minggu menanggung rindu yang begitu menyesakkan dada, "Abang" turut menurut jejak tuannya pulang kepada sang pencipta.
"abang" dikebumikan |
Buat arwah ayah Azreen MJ, didoakan semoga roh ayah saudara dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Al fatihah.— EdisiRakyat.com, 12 Mei 2017
Sumber: Azreen MJ
Allahurabbi...
ردحذفTersentuh jiwa membaca kisah ini.
Demikianlah kebesaran Ilahi.
Marilah kita mengambil pengajaran daripadanya.
Semoga Allah SWT merahmati "atuk" dan "abang" serta seluruh keturunannya.
Semoga kita juga diberi rahmat oleh Ilahi.
Amin...
Aamiinn...Ya Rabb
حذفإرسال تعليق