MALANG bagi seorang pemancing apabila keterujaan menangkap ikan puyu bertukar tragedi apabila ikan di tangannya melompat masuk ke dalam mulut dan tersekat di tekak sehingga membuatkan dia mengalami kesukaran bernafas.
Santosh Dash berusia 30 tahun berasal dari perkampungan Podadhia terpaksa dikejarkan ke hospital Apollo, 200 km dari kampungnya dan para doktor bertungkus lumus menarik ikan yang masih hidup sepanjang 10 sentimeter itu dari tekaknya.
Ketika kejadian, Santosh baru sahaja berjaya menangkap ikan puyu itu dan sedang memegangnya untuk dimasukkan ke dalam bekas sebelum ikan puyu itu cuba melepaskan diri dengan melompat dan termasuk ke dalam mulutnya.
Akibat kejadian itu, Santosh bukan sahaja mengalami kesukaran bernafas, tetapi juga mempunyai masalah untuk bercakap.
Menurut sumber, Perunding Kanan Jabatan Telinga, Hidung dan Tekak di Hospital itu yang dikenali sebagai Dr. Sanjeev Gupta dipetik sebagai berkata, para doktor ketika melakukan pemeriksaan hanya dapat melihat ekor ikan tersangkut di tekak Santosh.
Dia terpaksa dibawa ke bilik pembedahan kecemasan dan diberikan ubat bius secara duduk dan para doktor terpaksa menggunakan forsep untuk menarik keluar ikan dari tekak Santosh secara perlahan-lahan untuk mengelakkan sebarang komplikasi.
Percubaan mengeluarkan ikan itu berjaya tanpa sebarang masalah dan Santosh cuma mengalami kecederaan di tekak dipercayai akibat sirip ikan tersebut.
Santosh tidak boleh makan dan minum melalui mulut dan terpaksa memakai tiub di hidung untuk menyalurkan makanan kepadanya selama 10 hari sehingga dia pulih sepenuhnya sebelum dibenarkan keluar dari hospital.— EdisiRakyat.com, 18 Mei 2017

Hanya kelihatan ekor ditekak Santosh |

ikan puyu sepanjang 10cm |

Post a Comment