SUDAH jatuh ditimpa tangga. Begitulah nasib ibu tunggal Mazuin Jasmi apabila dihalau oleh tuan rumah setelah kisah kesusahan hidup bersama enam orang anak-anaknya tular di laman sosial baru-baru ini.
Milah, 57 tahun yang merupakan pemilik rumah tersebut merasa malu apabila gambar rumahnya tersebar sehingga mendapat kritikan orang ramai kerana sanggup menyewakan rumah yang daif itu kepada ibu tunggal itu sekeluarga.
Seperti yang dilaporkan sinar harian, rumah berkenaan banyak kekurangan termasuk tiada bilik dan ada papan yang berlubang, selain tiada tangga di bahagian depan, namun Mazuin bersyukur sekurang-kurangnya masih ada tempat berteduh dari hujan dan panas untuk anak-anaknya berumur 14 hingga 8 bulan dengan kadar sewa RM 100 sebulan.
"Saya tak marahkan rezeki yang awak terima tetapi kenapa 'viralkan' rumah saya ini sampai begini", luah Milah.
Ketika Milah datang ke rumah itu di Alor Gajah Melaka, para wartawan dan anggota Jabatan Kebajikan Masyarakat berada di rumah tersebut.
"DALAM dua tiga empat hari ini awak carilah rumah lain, sebab apa, sebab busuk nama kampung saya, busuk nama saya, adik beradik pun jadi marah", begitulah kata dua yang diberikan kepada Milah seperti yang dilaporkan dalam akhbar Harian Metro.
Merasa terpanggil untuk membantu, wartawan dan pihak JKM cuba memujuk Puan Milah dan dia berlembut hati untuk memberi tempoh sehingga sebulan untuk Mazuin mencari rumah lain.
Kisah hidupnya mula tular di laman di laman sosial apabila sekumpulan penyumbang tidak di kenali mengunjungi rumahnya.
Mazuin hidup dalam kesusahan sehingga terpaksa meninggalkan anaknya di rumahnya di Kampung Teluk Belanga, Kuala Sungai Baru di Alor Gajah sementara dia keluar bekerja sebagai pembantu di kedai ayam berhampiran dengan upah RM30 sehari.
Mazuin dipetik di dalam sinar harian sebagai berkata, dengan pendapatan sedemikian dia tidak mampu untuk menyewa di rumah yang agak mahal dan selesa memandang empat anaknya masih bersekolah termasuk yang sulung belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rahmat dan Sekolah Kebangsaan (SK) Lubok Redan.
Dia juga mengambil upah bekerja kebun di ladang kelapa sawit untuk menampung keluarga namun bergantung kepada kerja dan kadang-kadang boleh mendapat upah RM25 sehari.
Kisah kesusahan hidupnya rata-rata mendapat simpati netizen yang ingin memberi sumbangan.
"Saya cuma harap dapatlah rumah yang lebih selesa untuk anak-anak dan bersyukur ramai yang datang ke rumah menyampaikan sumbangan selepas kisah saya disiar dalam FB," katanya.
Sebarang bantuan bolehlah disalurkan ke akaun BSN Mazuin Jasmi yang bernombor (04117-29-00008608-1). — EdisiRakyat.com, 23 Mei 2017
إرسال تعليق