MENAIKI LRT dan Komuter yang penuh sesak pasti sesuatu yang mencabar bagi ibu hamil.
Perlu berdiri sambil membawa perut yang besar pasti memenatkan lebih-lebih lagi jika mereka yang duduk tidak mempunyai keperihatinan untuk memberikan kerusi kepada anda yang sedang hamil.
Seorang ibu hamil, Wan Nur Syahifa telah memuat naik bagaimana dia perlu berdepan dengan kerenah pengguna LRT dan komuter yang tidak mempedulikan saranan kerajaan agar memberikan kerusi kepada wanita mengandung, mereka yang menggendong anak dan warga tua sehingga beberapa kali dia perlu menjerit di dalam LRT untuk meminta pengguna yang duduk memberi kerusi kepada seorang pengguna lain yang sedang menggendong anak dan ibu hamil.
Dia juga pernah tersilap mempelawa kerusi kepada orang lain yang disangkakan hamil, rupa-rupanya tidak dan hanya mempunyai perut yang tebal sehingga menimbulkan kemarahan orang lain.
Terkesan dengan masalah ini, dia mengadukan masalah ini kepada suaminya menyebabkan suaminya tergerak untuk membuatkan sejenis kad yang boleh digantung di leher yang mana dapat memberitahu bahawa dia sedang mengandung dan memerlukan kerusi.
Sumbangan idea Wan Nur Syahida sangat membantu dan bagi wanita hamil lain yang mengalami masalah yang sama, anda bolehlah membuat kad yang sama.
Beliau berkongsi link di mana anda boleh memuat turun lakaran kad tersebut untuk dicetak dan di laminasi.
Caranya:
Link Gambar
1.Klik link gambar di atas.
2.Klik 'Print' atau 'download'
3.Print dan laminate.
4. Bolehlah dipamerkan apabila perlu.
Berfikir secara positif, mungkin pengguna lain tidak mahu memberi anda kerusi kerana gusar tersilap menjangkakan anda hamil dan mungkin akan menimbulkan kemarahan, jadi dengan menggunakan kad ini, mungkin akan memberi sedikit petanda kepada orang lain bahawa anda sedang hamil dan memerlukan kerusi.
Menurut Syahifa, penggunaan kad ini agak berkesan kepadanya jadi mengapa tidak ibu-ibu hamil lain yang menghadapi masalah sama mencuba cara ini? Mungkin hari-hari mendatang anda agar lebih bermakna dan ceria dengan penggunaan kad ini. Selamat mencuba dan Semoga berjaya menjadikan rakyat Malaysia lebih prihatin!— EdisiRakyat.com, 31 Mei 2017
Sumber: Wan Nur Syahifa

إرسال تعليق