PENANTIAN Fizo Omar dan Mawar Fareeda selepas lama menanti zuriat hasil ikatan suci mereka berakhir setelah dikurniakan rezeki hamil setelah mendapat rawatan dari seorang doktor pakar perbidanan di Kuala Lumpur.
Berita ini dimuat naik oleh Dr Hamid Arshat yang telah memberikan rawatan dan nasihat kepada Mawar dan Fizo sehingga akhirnya mereka dikurniakan rezeki dengan izin Allah.
Melalui status yang dimuat naik, Dr Hamid menyatakan kesyukuran kerana Mawar telah hamil setelah menjalani pembedahan dan beberapa rawatan susulan dan sekarang Mawar berada di peringkat awal kehamilan.
Dr Hamid menyatakan bahawa risiko keguguran sebelum 12 minggu kehamilan adalah dalam lingkungan 10% dan risiko ini meningkat bagi mereka yang mengalami masalah kesuburan dan khususnya yang menjalani pembedahan kepada peranakannya.
Dr Hamid juga dilihat memberi tips dan nasihat untuk Fizo dan Mawar untuk menjaga kehamilannya antaranya:
1. Banyakkan amal ibadah solat bacaan al-quran zikir selawat dan berdoa terus menerus.
Banyakkan bersedekah dan menolong orang-orang miskin, tua dan dhaif khususnya di bulan Ramadan yang mendatang.
2. Senyum selalu dan bercakap lunak. Bila jumpa orang Islam ucapkan, "Assalamualaikum".
Hubungkan dan kukuhkan silaturrahim.
3. Rehat banyak-banyak tenangkan fikiran dan kurangkan kerja-kerja berat serta perjalanan jauh dan tangguhkan penerbangan.
Pada asasnya kurangkan stress kerana ia boleh mencetuskan kucupan rahim dan seterusnya mengancam untuk gugur.
Lakukan ' deep breathing exercise' berulang-ulang bila ada peluang untuk kurangkan stress dan meningkatkan bekalan oksigen ke semua tubuh badan khususnya rahim yang sedang hamil.
4. Makan bahan-bahan berzat dan berhasiat, yang segar dan mentah. Lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran jus buah-buahan dan salad.
Imbangkan makanan dengan lauk lauk yang menjadi sumber protein serta makanan-makanan pembekal karbohidrat dan lemak.
5. Jangan lupa makan multivitamin, folic acid, vitamin C, vitamin E dan minyak ikan untuk menampung pertumbuhan janin dalam rahim.
6.Dalam 3 bulan pertama penting rahim diperkuatkan dengan hormon progesteron ini boleh diberi dalam bentuk suntikan-injection proluton atau tablet 'duphaston'.
Tentukan cukup tidur 7 hingga 8 jam setiap hari. Hubungan intim suami isteri perlu dikurangkan atau dikawal dalam peringkat awal kehamilan.
Doktor Hamid menyatakan bahawa dia tumpang gembira dan mengajak kita sama-sama mendoakan agar kehamilan Mawar selamat, berjalan lancar dan dipelihara sehingga dia melahirkan.
Sama-sama kita doakan. Buat Fizo Omar dan Mawar, tahniah diucapkan.
Dr Hamid Arshat nampaknya bukan calang-calang orangnya kerana melalui ruangan komen dari laman Facebook Dr tersebut, kelihatan ramai para ibu yang menyatakan kejayaan mereka hamil setelah mendapatkan rawatan dari doktor tersebut.
Mungkin bagi anda di luar sana yang masih tercari-cari rawatan dari pakar yang bagus, bolehlah mendapatkan khidmat Dr Hamid Arshat. Insyaallah, dengan izin Allah mungkin rezeki anda dikurniakan zuriat tidak lama lagi.— EdisiRakyat.com, 31 Mei 2017
Sumber: Dr Hamid Arshat

Post a Comment