SATU video tular di laman sosial memaparkan rakaman seorang bekas askar zionis yang meluahkan ketidakpuasan hati terhadap layanan ibu pejabat askar Israel (MAZI) ketika dia trauma akibat diganggu bayangan kanak-kanak lelaki yang dibunuhnya.
Lebih 9 tahun dia mengalami trauma sehingga mengalami kencing malam akibat ketakutan.
Bayangan kanak-kanak lelaki Palestin yang bertanya "Mengapa kau membunuhku, mengapa kau membunuhku?" berulang-ulang membuatkan dia tidak tenang, tidak lalu makan dan merasa terganggu sehingga perlu mendapatkan rawatan yang menelan belanja ribuan ringgit tetapi nasibnya langsung tidak dibela oleh pihak Ketenteraan Israel.
Dia mengakui telah membunuh lebih dari 40 orang rakyat Palestin di Gaza. Bom, mortar, RGP's semuanya pernah digunakan dalam peperangan di Gaza tetapi nasibnya kini tidak dibela.
Apabila dia mengadukan perihal gangguan dan trauma yang dialami di MAZI, dia bukan sahaja ditolak dari satu unit ke satu unit yang lain malah mereka hanya memandang remeh trauma dialaminya serta sekadar memintanya meneruskan hidup seperti biasa.
Nyata, apabila melihat penganiayaan terhadap rakyat Palestin, kita merasa begitu terpukul melihat mayat anak-anak kecil yang tidak berdosa mati bergelimpangan dalam keadaan yang begitu menyayat hati.
Sesungguhnya, keindahan di sebalik kematian anak-anak kecil dan rakyat Palestin yang tidak berdosa akibat kezaliman Zionis ini, tentu sekali janji Allah tentang syurga yang dilimpahi nikmat kerana syahidnya mereka.
Tetapi penderitaan sebenar adalah kepada mereka yang masih hidup seperti bekas askar ini kerana dihantui oleh dosa-dosa yang tidak akan terhapus akibat kezaliman yang pernah dilakukan.
Sumber Video: Aqsa syarif
Malah kini gilirannya pula menerima hukuman di dunia, bukan sahaja dihantui oleh dosa-dosa akibat perbuatan tangannya, malah sengsara yang dialami langsung tidak dipedulikan oleh pihak yang mengarahkannya melakukan dosa-dosa itu.— EdisiRakyat.com, 12 Mei 2017

إرسال تعليق