Bapa paksa anak merangkak seberang jalan

SEORANG bapa yang berang dengan kelakuan anaknya di sekolah mendenda anaknya menyeberang jalan dengan cara merangkak sambil memulas telinganya di Lam Tin, Hong Kong pada 23 Januari lalu.

Ketika kejadian, kanak-kanak malang berusia 8 tahun itu sambil ditemani bapanya dihukum menyeberangi jalan dengan cara yang menyakitkan itu menyebabkan orang ramai berasa simpati dan merakam video serta membuat laporan polis.

Bapa kanak-kanak itu ditahan dan anaknya diberi rawatan kerana mengalami kecederaan pada kedua-dua lutut.

Terbaru Mac lalu, defenden berusia 40 tahun itu mengaku bersalah apabila pertuduhan dibacakan iaitu memberi layanan buruk kepada anak jagaan di Mahkamah Majistret di mana jika disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman tiga tahun penjara.

Pegawai yang pakar dalam bidang psikologi yang membuat pemeriksaan ke atas defenden mendapati dia tidak mempunyai apa-apa masalah psikologi.



Sementara itu, seorang pegawai pemulihan akhlak mendapati bahawa defenden adalah seorang bapa yang bertanggungjawab tetapi tidak tahu bagaimana untuk mengajar anaknya.

Lelaki itu yang diwakili oleh peguam bela, Helen Ki dalam hujahnya menyatakan bahawa anak guamnya kini menyedari bahawa dia telah mengguna pakai satu kaedah pengajaran yang tidak sesuai.

Anak guamnya kini berasa kesal kerana menggunkan cara didikan yang begitu impulsif.

Mahkamah juga diberitahu bahawa bapa kanak-kanak itu telah mencari kelas untuk mempelajari ilmu tentang keibubapaan dan pengurusan tekanan.

Majistret Raymund Chow Chi-wei mengambil keputusan mngguna pakai nasihat pegawai akhlak untuk mendapatkan perintah percubaan 12 bulan kepada defenden selepas mendapati laporannya perilakunya adalah positif.— EdisiRakyat.com, 16 Mei 2017

Post a Comment

أحدث أقدم