Tanda-tanda anak alergi pada makanan dan cara mengatasinya

ALAHAN boleh dikaitkan dengan tindak balas sistem imunisasi badan pada kehadiran jenis-jenis makanan tertentu.



Ia berbeza dengan penolakan terhadap penerimaan makanan yang merupakan tindak balas sistem penghadaman contohnya apabila tubuh anak mempunyai kesukaran untuk mencerna makanan.

Terdapat lapan jenis makanan utama yang menyebabkan alahan iaitu susu, telur, ikan, makanan laut bercengkerang seperti kerang, krustasea, sayuran kacang, kekacang, gandum dan kacang soya.

Untuk mengenal pasti alahan, anda boleh melihat simptom-simptom tertentu pada anak anda.

Secara umumnya, apabila terdapat simptom alahan pada anak, agak sukar untuk mengaitkan ia dengan makanan tertentu.

Gejala biasa yang boleh kita lihat hasil tindak balas alergi adalah gatal-gatal, kulit kemerahan dan ruam.




Anak kecil tidak pandai untuk menyatakan apa yang mereka rasa.

Ketika alahan berlaku, mereka mungkin menyatakan bahawa mulut mereka terasa seperti ngilu dan mencucuk. Mereka juga mungkin menyatakan lidah mereka terasa kebas.

Sebagai ibu-bapa, kita perlu sentiasa waspada dengan perubahan pada anak disebabkan tindakbalas alahan.

Alahan pada makanan akan menunjukkan tindakbalas pada badan lebih kurang selepas dua jam makanan diambil. Ada tindakbalas yang berlaku lebih cepat yang menampakkan simptom selepas beberapa minit dan ada juga yang menunjukkan tindakbalas 6-8 jam atau lebih selepas pengambilan sesuatu makanan.

Terdapat satu lagi jenis makanan yang boleh menyebabkan alahan dan menunjukkan tindakbalas yang lambat dikenali sebagai Sindrom Enterocolitis Makanan Berprotein-teraruh (FPIES). Ini adalah tindak balas gastrousus yang teruk yang biasanya berlaku 2-6 jam selepas mengambil susu, soya, bijirin tertentu atau makanan pepejal tertentu.

Ia biasanya berlaku pada bayi kecil yang diberi makanan buat kali pertama. FPIES boleh membawa kepada muntah yangberulang-ulang, dan menyebabkan dehidrasi. Sesetengah bayi juga akan mengalami cirit-birit berdarah.

Walaupun alahan makanan boleh menjadi serius, pakar perubatan mempunyai cara untuk mengawal alahan pada makanan

Apabila anak anda disyaki mengalami alahan pada makanan, pakar perubatan akan menjalankan beberapa ujian klinikal. Ini dilakukan melalui ujian darah dan mengambil sampel kulit di bahagian yang menunjukkan simptom alahan.

Cara mengatasi alahan pada makanan

1.Sebaik sahaja anda mengenalpasti makanan yang tidak boleh dimakan oleh anak anda, perkara utama yang anda perlu lakukan adalah menjauhkan sumber makanan itu dari anak anda lebih-lebih lagi jika anak anda menunjukkan tanda- tanda alahan.

Ambil perhatian dan kenalpasti kemungkinan anak anda alahan pada makanan yang mempunyai kaitan. Contohnya, jika anak anda alahan pada udang, mungkin anak anda alah kepada makanan laut yang lain seperti ketam.


2. Berikan perhatian kepada senarai barang runcit yang ingin anda beli. Tandakan makanan yang berisiko menyebabkan alahan seperti, lesitin(soya), tepung(gandum) dan susu.

Sesetengah pengeluar produk makanan ada mencatatakan isi kandungan  produk mereka dan menyatakan bahawa produk mereka mengandungi bahan-bahan tertentu contohnya "mengandungi gandum, susu, dan soya" untuk panduan pengguna.

Terdapat juga beberapa pengeluar yang menyenaraikan makanan yang boleh menyebabkan alahan sebagai "pengikat" atau "pengemulsi", yang boleh memberi isyarat kehadiran telur atau soya.


3. Sediakan satu catatan atau diari untuk mencatat makanan apa yang menyebabkan perubahan pada anak anda dan jenis tindakbalas untuk rujukan.

Senaraikan makanan yang anda beri kepada anak anda dan label mana-mana produk yang dikomersialkan yang anak anda makan perlu sentiasa dicatatkan.

Ini boleh menjadi rujukan dalam membantu pakar kanak-kanak anda dalam mengenalpasti  punca alahan dan makanan-makanan tertentu yang menyebabkan alahan.


4. Jika anda mendapati bahawa anak anda mempunyai tindak balas yang teruk kepada sesuatu makanan tertentu, pastikan untuk memaklumkan kepada pihak sekolah atau penjaga anak anda tentang keadaannya.

Ini boleh membantu mereka mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengesan mencegah, dan menguruskan anak anda jika alahan berlaku.— EdisiRakyat.com, 14 April 2017

Post a Comment

Previous Post Next Post