Susulan video geng motosikal timbulkan kekecohan di luar sekolah, 18 ditahan

SUSULAN dua video yang tular di laman sosial membabitkan remaja yang membuat kekecohan di luar sekolah, 18 remaja ditahan kerana terlibat dalam Geng 24.



Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam laman twitternya dipetik sebagai berkata, 13 orang pelajar dan 5 yang lain telah ditahan dan akan ada tangkapan lain akan dibuat berkaitan kes ini.

Beliau mengucapkan tahniah kepada Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFFOC) kerana membuat tindakan pantas menangkap remaja-remaja ini.

Video klip pertama yang berdurasi 1 minit 14 saat menunjukkan sekumpulan remaja menjerit-jerit dan memulas enjin motosikal di luar sekolah di mana pada waktu itu adalah waktu tamat sesi persekolahan dan kelihatan ramai pelajar sedang meninggalkan kawasan sekolah.



Kelihatan pelajar-pelajar lain sedang mengelak dari kumpulan itu bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

Seorang lelaki yang memakai T-Shirt berwarna hitam dan berseluar jeans dilihat berdiri diatas satu motosikal dan membuat isyarat tangan.

Kelihatan seorang lagi remaja lelaki memakai topi keledar yang kemudiaannya membakar mercun.

Mereka juga dilihat memegang sepanduk yang tertulis nombor "24", "TD4" dan swastika hitam.

Video kedua yang mana menunjukkan rakaman dan lokasi sama bermula dengan rakaman kek tertulis " SMK Sri Andalas", "24" dan "Apache" yang ditulis di atasnya.

Hanya kelihatan satu atau dua penunggang motosikal lain yang dilihat memakai pakaian seragam sekolah manakala yang lain hanya berpakaian kasual. EdisiRakyat.com, 21 April 2017

Post a Comment

Previous Post Next Post