PEMBANTU warden yang ditahan susulan memukul pelajar tahfiz, arwah Mohd Thaqif Amin Mohd Gaddafi sehingga kedua-dua kaki kanak-kanak malang itu terpaksa dipotong sebelum meninggal dunia semalam dilaporkan merupakan seorang bekas banduan.
Lelaki itu pernah dipenjarakan selama 30 bulan kerana kesalahan mencuri.
Menurut seorang pelajar dari sekolah tahfiz berkenaan yang namanya tidak mahu disebut, menyatakan bahawa pembantu warden itu sangat garang.
Mohd Thaqif, 11 tahun menghembuskan nafas yang terakhir lebih kurang jam 1.45 petang semalam dan punca kematian masih lagi dalam siasatan.
Pihak hospital mengambil masa 5 jam untuk melakukan bedah siasat untuk mengenalpasti punca kematian pelajar itu sebelum jenazahnya di bawa pulang ke kampung halaman untuk dikebumikan berdekatan rumah datuknya di Felda Bukit Apung Timur.
Seramai 30 orang pelajar dari sekolah yang sama berpakaian serba putih kelihatan menunaikan solat magrib dan Isyak di masjid berdekatan sebelum menghadiri majlis pengkebumian pelajar malang itu untuk memberikan penghormatan terakhir diiringi guru dan pengetua sekolah.
Seorang lagi pelajar yang ditemu bual sumber dipetik sebagai berkata, dia tinggal sebilik dengan Mohd Thaqif dimana terdapat 4 bilik yang diasingkan mengikut pelajar baru dan pelajar lama.
Apabila pelajar itu ditanya mengenai pembantu warden yang ditahan, wajahnya kelihatan berubah sambil berkata, " Hanya Allah yang tahu apa yang berlaku di bilik kami", sebelum berlalu pergi dan menyertai kawan-kawannya.
Pengetua sekolah tahfiz tersebut ketika ditemu bual sumber enggan mengulas tentang suspek atas nasihat polis agar tidak mengganggu siasatan.
Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Agama Negeri, Abd Mutalip Abd Rahim ketika dihubungi oleh The Star dipetik sebagai berkata, Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) telah menyelesaikan siasatannya di sekolah dan mendapati bahawa sekolah itu tidak melakukan apa-apa kesalahan.
Ditanya bagaimana sekolah boleh mengupah seorang bekas banduan sebagai pembantu warden, beliau berkata ia terserah kepada sekolah untuk mengupah sesiapa sahaja yang mereka percaya untuk menggalas sesuatu tugas.
"Walau bagaimanapun, berikutan kejadian baru-baru ini, JAIJ akan tampil dengan garis panduan baru bagi sekolah-sekolah ini untuk mengupah kakitangan, terutamanya mereka yang bertanggungjawab dalam kebajikan pelajar.
"Terdapat sekurang-kurangnya 86 sekolah agama persendirian berdaftar di Johor dan sebelum ini, kami mendapati sukar bagi mereka untuk mendaftar dengan JAIJ," katanya.— EdisiRakyat.com, 27 April 2017.

Susah juga dengan nasib bekas2 banduan lain bila keluar dari penjara utk mencari pekerjaan..bila ada yg di penjarakan atas kesalahan yg tidak melibatkan jenayah...dan mungkin ada yg dah betul2 insaf....
ردحذفSusah juga dengan nasib bekas2 banduan lain bila keluar dari penjara utk mencari pekerjaan..bila ada yg di penjarakan atas kesalahan yg tidak melibatkan jenayah...dan mungkin ada yg dah betul2 insaf....
ردحذفإرسال تعليق