MASALAH keguguran rambut bukan sesuatu yang asing bagi semua orang lebih-lebih lagi kaum wanita.
Lebih menyedihkan masalah keguguran rambut ini menyebabkan anda hilang keyakinan diri, rambut menjadi botak, rambut termasuk dalam makanan ketika memasak, dan boleh menyebabkan saluran air tersumbat kerana terlalu banyak rambut yang menyekat laluan.
Jangan gusar kerana masalah keguguran rambut ini bukanlah masalah besar yang tidak boleh dicegah atau dikawal.
Anda perlu mengenal pasti punca keguguran rambut dan cuba atasinya. Masalah rambut boleh disebabkan oleh:
1. Pengambilan makanan yang tidak seimbang
Pengambilan makanan yang tidak seimbang serta banyak memakan makanan segera menyumbang kepada kerosakan rambut dan keguguran rambut.
Ini kerana rambut anda tidak mendapat nutrien yang diperlukan untuk pertumbuhan rambut yang sihat.
Untuk mengelakkan masalah keguguran rambut berterusan, anda perlu mengamalkan pengambilan diet yang seimbang, dan pastikan ada minum air yang secukupnya.
2. Kekurangan pengambilan zat besi
Pengambilan zat besi adalah penting untuk membantu penghasilan darah merah yang membawa oksigen ke seluruh tubuh badan.
Kekurangan oksigen pada tubuh badan boleh merencatkan tindakbalas kimia dalam tubuh badan yang boleh membantu pertumbuhan rambut yang sihat.
Rambut yang kekurangan zat ini akan mudah rapuh dan gugur.
Cara untuk mengatasinya adalah dengan memperbanyakkan pengambilan makanan yang membekalkan zat besi seperti sayuran hijau (bayam, brokoli),biji labu, kerang, hati ayam dan pelbagai lagi makanan lain atau mendapatkan supplemen zat besi dengan nasihat pakar perubatan.
3. Mengandung dan melahirkan anak
Ketika hamil dan melahirkan anak, hormon di dalam badan menjadi tidak stabil dan tidak menentu kerana cuba menyesuaikan diri untuk tumbesaran janin, melahirkan dan menyusukan anak.
Ini menyebabkan konflik pada tubuh badan jika corak pemakanan anda tidak dapat memenuhi tuntutan tubuh badan untuk menyesuaikan diri dengan keadaan.
Tubuh anda juga ketika itu memerlukan pengambilan nutrisi yang secukupnya untuk perkembangan janin dan untuk membantu penyusuan.
Caranya adalah anda perlu memastikan mengambil makanan dalam kuantiti yang mencukupi dan seimbang untuk membekalkan nutrien pada tubuh badan anda dan bayi anda.
4. Mendedahkan rambut kepada bahan kimia berlebihan
Salah satu punca yang menyebabkan rambut gugur adalah kerana terlalu kerap mencuci rambut, mewarnakan rambut, meluruskan rambut dan macam-macam penggayaan rambut yang mendedahkan rambut kepada kimia berlebihan.
Terlalu kerap mencuci rambut menyebabkan anda menyingkirkan nutrien dan lembapan minyak semulajadi yang terdapat pada rambut.
Kurangkan kekerapan mencuci rambut sekurang-kurangnya 3 hari sekali tetapi jangan pula tidak mencuci rambut terlalu lama sehingga menyebabkan rambut terlalu berminyak yang boleh menyumbang kepada keguguran rambut.
Untuk melakukan pewarnaan rambut, pastikan anda menjarakkan masa mewarnakan rambut sekurang-kurangnya 2-3 bulan sekali untuk memberi rehat kepada kulit kepala anda untuk membaiki kerosakan.
Meluruskan rambut mendedahkan anda pada kimia yang boleh menyebabkan kerosakan ikatan protein pada folikel rambut seterusnya menyebabkan struktur rambut menjadi lemah. Ia juga boleh menyebabkan kehadiran kelemumur.
Penggunaan pengering rambut, pelurus dan kerinting rambut yang melibatkan suhu yang tinggi boleh merosakkan kutikel rambut dan menyebabkan rambut kehilangan kelembapan semulajadi dan nutrien yang diperlukan untuk rambut kekal sihat.
Cara untuk mengelakkan keguguran rambut adalah,pastikan anda tidak terlalu kerap melakukan penggayaan ini dan elakkan menghalakan terus pengering rambut ke kulit kepala.
Lakukan rawatan rambut di rumah seminggu sekali dengan menggunakan pelembap dan dapatkan rawatan di salon untuk memperbaiki rambut yang rosak.
5. Menyambung rambut dengan aksesori
Setengah individu gemar mempelbagaikan penggayaan sehingga meletakkan aksesori yang terlalu berat, menyambung rambut dan mengikat rambut terlalu lama.
Elakkan pengayaan rambut sebegini kerana menggantung sesuatu di rambut terlalu lama boleh menyebabkan rambut tertarik dan folikel rambut menjadi rapuh.
Mengikat rambut terlalu ketat juga menyebabkan rambut menjadi lemah dan meningkatkan kebarangkalian rambut tertarik bersama getah rambut apabila dibuka.
Caranya adalah elakkan menggunakan getah rambut yang tidak elastik,dan menggunakan aksesori yang berat terlalu lama untuk meminimakan tekanan pada rambut anda.
6. Tekanan dan stress
Tekanan dan stress bukan sahaja menimbulkan kedutan pada wajah tetapi boleh menyebabkan keguguran rambut kerana ketika anda stress, semua otot dibahagian leher dan kepala mengecut (spasm), dan menyebabkan gangguan peredaran darah ke kepala.
Ini menyebabkan folikel dibahagian rambut tidak mendapat bekalan nutrien dan oksigen secukupnya dan menggalakkan keguguran rambut.
Anda boleh mengurangkan stress dengan melakukan senaman meditasi, membuat urutan kepala, dan joging untuk mengawal stress. Ini bukan sahaja membantu dalam mengelak keguguran rambut, malah dapat menyumbang kepada kesihatan anda.
Urutan kepala yang baik adalah dengan menggunakan sejenis minyak iaitu castor oil yang dikatakan sangat baik dalam membantu pertumbuhan rambut. Anda juga boleh menggunakan minyak kelapa untuk membuat urutan di kulit kepala.
Castor oil adalah minyak sayuran yang sangat berkhasiat untuk pelbagai kegunaan di samping sangat bagus untuk membantu melebatkan bulu mata dan bulu kening.
Secara ringkas dapat disimpulkan, untuk mengelakkan keguguran rambut, anda perlu
1.mengamalkan diet sihat dan seimbang
2.minum air dan tidur secukupnya sekurang-kurangnya 6-8 jam sehari untuk membaiki sistem tubuh
3.merawat rambut dirumah dengan pelembap, urutan kulit kepala
4.melakukan senaman untuk menghilangkan stress
5.tidak meletakkan beban pada rambut dengan ikatan rambut yang ketat, meletak aksesori terlalu lama dan mendedahkan rambut kepada bahan kimia terlalu kerap.
Disini disertakan video sumber dari youtube untuk lebih jeLas.
Semoga dengan perkongsian dapat menyelesaikan masalah keguguran rambut anda dan mengembalikan kesuburan rambut anda. — EdisiRakyat.com, 23 April 2017.

Post a Comment