Penumpang diheret keluar dari pesawat kerana tidak cukup kerusi untuk kru

SATU video yang tular di laman sosial yang memaparkan insiden yang amat mengejutkan di mana seorang lelaki yang mengaku sebagai seorang doktor diheret keluar dengan kasar dari tempat duduknya di atas sebuah kapal terbang United Airlines ketika menanti penerbangan itu berlepas.



Video itu, yang dirakamkan oleh seorang penumpang lain yang turut berada di tempat kejadian  di mana seorang lelaki diseret pegawai keselamatan selepas tidak mahu meninggalkan pesawat kerana menurut lelaki itu, dia perlu pergi ke tempat kerja.

Lelaki itu dikatakan dipaksa keluar dari kapal terbang itu yang mana dikatakan telah terlebih mengambil penumpang dan memerlukan kerusi untuk menempatkan krew kapal.

Audra Bridges, seorang penumpang yang menyaksikan kejadian itu, menulis di laman Facebook: "Sila berkongsi video ini. Kami berada dalam penerbangan ini dan menyaksikan dimana United Airlines terlebih mengambil tempahan penerbangan dan  mereka memilih secara rawak untuk mengeluarkan penumpang dari penerbangan untuk memberi kerusi kepada krew penerbangan mereka.

Lelaki yang diseret keluar adalah seorang doktor yang perlu berada di hospital dia bekerja pagi ini. Kami sangat gementar dan marah.#unitedairways.

Seorang pengguna laman Reddit yang menggunakan nama eman00619 menyatakan bahawa pihak United Airlines yang menyedari mereka telah menjual tiket melebihi muatan penumpang dan tidak cukup kerusi untuk krew kapal mancari penumpang yang sanggup mengambil penerbangan lain pada hari isnin ke Louisville secara sukarela.

"Mereka ditawarkan  sebanyak $400 bersamaan RM1772 tetapi tiada siapa yang menawarkan diri.

Penumpang diberitahu bahawa mereka tidak akan berlepas selagi krew penerbangan tidak mendapat kerusi dan mereka menambah tawaran kepada $800 bersamaan RM3547 tetapi tiada siapa yang mahu menawarkan diri", tambah Bridges.

Seorang pengurus penerbangan itu kemudiannya masuk ke dalam kapal sambil memegang komputer riba dan memilih empat orang secara rambang untuk meninggalkan penerbangan itu.

Pasangan yang pertama dipilih terus bangun dan bergegas meninggalkan kapal terbang itu. Seterusnya nama doktor itu dipanggil tetapi dia menolak untuk meninggalkan penerbangan itu.

United Airlines berkata dalam kenyataannya dipetik menyatakan: "Selepas pasukan kami menawarkan tawaran secara sukarela, seorang pelanggan enggan meninggalkan pesawat itu secara sukarela dan penguatkuasa undang-undang telah diminta untuk datang ke pintu pagar."



Seorang pengkritik di Twitter menulis: "Itulah beberapa keburukan PR penerbangan @UnitedAirlines. Tidak boleh ke jika tidak menyeret keluar penumpang dari pesawat supaya pekerja boleh mengambil kerusi itu?"

"United Airlines, anda memang memalukan. Nasib baik kejadian ini berjaya dirakam," kata seorang lagi pengguna twitter.

Terdapat video lain juga yang tular di laman sosial tentang syarikat penerbangan terkenal ini menunjukkan seorang lelaki sangat tertekan di belakang pesawat, menggengam langsir sambil berulang kali berkata, "saya mahu pulang" dan "bunuh saya saja".



Perakam video yang merakam lelaki itu kedengaran bertanya, "Adakah anda bergurau?"

Identiti lelaki atau butir-butir bagaimana kejadian dalam video itu berakhir tidak diketahui. EdisiRakyat.com, 11 April 2017

Post a Comment

Previous Post Next Post