Pegawai penyiasat kes rasuah kena serang dengan asid di muka

SEORANG pegawai penyiasat rasuah terkenal di Indonesia, dilaporkan menjadi mangsa serangan asid di muka oleh penyerang yang dikatakan menunggang motosikal pada hari Selasa.

Aktivis negara itu percaya bahawa serangan tersebut ada kaitan dengan satu siasatan rasuah yang sedang dijalankan olehnya melibatkan ahli politik senior negara itu.

Novel Baswedan, seorang pegawai dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (KPK) menerima rawatan di sebuah hospital selepas diserang di Jakarta ketika beliau pulang dari menunaikan solat Subuh dengan berjalan kaki dari sebuah masjid pada awal pagi.


"Ini satu tindakan yang kejam, saya sangat mengecamnya," kata Presiden Indonesia, Joko Widodo sambil menyeru pihak polis untuk mengesan para penyerang tersebut.

Jurucakap Presiden, Johan Budi, ketika melawat Baswedan di hospital mendedahkan beberapa butiran tentang serangan tersebut, beliau memberitahu wartawan bahawa  pegawai penyiasat itu mengalami kecederaan di dahi dan juga penglihatan kabur pada mata kirinya.

Pegawai pegawai penyiasat berkaitan rasuah di Indonesia, sebuah negara antara yang paling kerap di dunia itu seringkali menjadi sasaran di masa lalu, ada laporan yang mendakwa mereka cuba dilanggar oleh kenderaan dan menerima pelbagai ugutan.

Buat masa ini belum ada maklumat yang jelas tentang siapakah yang terlibat di belakang serangan terbaru ini, namun sebuah NGO anti rasuah Indonesia berkata, mereka mengesyaki bahawa ia ada kaitan dengan peranan baswedan di dalam satu siasatan skandal korupsi yang melibatkan kerugian sekitar RM753.7 juta dari tabung awam kerajaan.

Siasatan itu diketuai oleh KPK. Ahli-ahli politik senior termasuk menteri kehakiman dan bekas Menteri Dalam Negeri terpalit dengan skandal tersebut. Penyiasat berkata mereka adalah di antara yang menerima faedah dari projek kerajaan mengeluarkan kad pengenalan baru untuk penduduk Indonesia.

Jurucakap Parlimen, Setya Novanto salah seorang yang juga terpalit dengan kes tersebut, pada hari isnin lalu dihalang daripada melancong ke luar daripada Indonesia kata pihak berkuasa imigresen. 

Ia adalah langkah biasa diambil oleh pihak berkuasa Indonesia ke atas mana-mana individu yang sedang dalam siasatan.

Indonesia disenaraikan di tangga ke 90 daripada 176 negara-negara dan wilayah  di dunia oleh Indeks Persepsi Rasuah Transparency International tahun lalu. — EdisiRakyat.com, 11 April 2017

Post a Comment

Previous Post Next Post