AHLI Parlimen Bukit Katil Shamsul Iskandar Mohd Akin terpilih sebagai salah seorang daripada ahli badan jawatankuasa tertinggi bagi Jaringan Anggota Parlimen untuk Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (Parliamentary Network on The World Bank and International Monetary Fund).
Shamsul terpilih selepas menyertai pemilihan jawatankuasa itu yang diadakan setiap dua tahun sekali bersama 14 lagi anggota parlimen daripada lain-lain negara yang mewakili rantau masing-masing.
"Mereka ada pemilihan anggota badan tertinggi setiap 2 tahun sekali. Kali ini saya masuk bertanding dengan 14 anggota parlimen mewakili rantau masing-masing. Alhamdulillah terpilih," katanya menerusi kiriman WhatsApp kepada EdisiRakyat.com.
Tambahnya lagi, organisasi antarabangsa yang ditubuhkan pada tahun 2000 itu memintanya untuk memperjuangkan isu-isu berkaitan rasuah dan pengubahan wang haram.
"Jadi saya akan guna platform ini untuk bawa agenda perubahan khususnya jihad melawan rasuah," katanya.
Selain itu beliau juga mengakui akan menggunakan peluang yang ada untuk mengambil langkah susulan kepada siasatan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) terhadap skandal 1MDB dan perdana menteri, Dato Seri Najib Razak — EdisiRakyat.com, 21 April 2017
Post a Comment